CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Panjat Bumbung Surau, Lempar Wang Sedekah Kepada Anak Yatim

12-8-2022 02:07 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1277| Komen: 11

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan senario seorang lelaki yang dikatakan memberi sumbangan kepada anak-anak yatim dengan cara melempar wang, lapor laman berita Suara.com semalam.


Berdasarkan video tersebut, kelihatan dua lelaki memanjat bumbung sebuah surau. 


Foto: IG PEKALONGAN INFO

Seorang daripada mereka berdiri lalu melempar wang kertas ke arah tetamu yang berada di bahagian bawah sambil diiringi oleh alunan muzik.

Wang-wang yang bertebaran itu kemudian menjadi rebutan sejumlah kanak-kanak yang dikatakan merupakan anak-anak yatim.


Kejadian yang berlaku di Pekalongan Selatan, wilayah Jawa Tengah itu turut disaksikan oleh sekumpulan penduduk tempatan yang turut hadir ke acara menyantuni anak-anak yatim tersebut.

Video itu menjadi tular dengan ramai netizen memberikan pelbagai pendapat.



“Alangkah baiknya jika diberikan wang itu satu persatu kerana ia dilakukan pada majlis menyantuni anak-anak yatim,” kata seorang pengguna media sosial.

“Kalau niatnya untuk bersedekah, jangan buat begitu kerana ia dinamakan riak,” kata seorang lagi pengguna. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 12-8-2022 03:08 PM
Bodohnya. Kot2 masa dia melempar tu ada anak yatim yg tak dapat duit tu. Bagi satu persatu kan boleh
Quote Artemesiaa 12-8-2022 03:08 PM
Kenapa nak sampai macam tu bagi elok2 kan ke senang tertonggeng jatuh kebawah satu hal pulak nak kena angkut gi spital
Quote ifanonline 12-8-2022 03:11 PM
budaya liberal dlm agama...
Quote ultra78 12-8-2022 03:11 PM
Baca tajuk dah agak kejadian di Indonesia...
Quote salimrock 12-8-2022 03:12 PM
dah di duga , di indon
Quote white_musk 12-8-2022 03:18 PM
Nak viral lah tu supaya satu alam tahu yang dan ada duit
tapi keji yach
Quote Nnasda53 12-8-2022 04:34 PM
Takat lambung2 duit mcm tu baik la tak payah bagi.
Pelik2 je.
Quote Decaffeinated 12-8-2022 05:32 PM
buat anak2 yatim tu macam anak ayam

patut anak2 yatim tu baling batu ja baru dia rasa

Quote tikusmontok 12-8-2022 05:51 PM
Busuknya bangsa @Friska babu tak boleh bagi elok2 ke ndon caprut?
Quote fortiori13 14-8-2022 10:45 AM
Bagi je elok2 duit tu kat tangan, jadi dapat sama rata budak2 tu duitnya. Kesian pulak aku mikirkan budak2 yg x berapa pandai berebut x dapat duit...
Quote myakayina 15-8-2022 12:11 PM
knp la buat mcm tu..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 08:58 PM GMT+8 , Processed in 0.050970 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top