Penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia, Akim Ahmad, meluahkan rasa gembira mengenai pemilihan bakat dari Indonesia, Denden Gonjales sebagai vokalis menyertai kumpulan Search bersama Noordin dan Kid.
Memetik laporan Harian Metro, Akim menyifatkan 'range' suaranya bukan dalam kategori tenor sedangkan lagu-lagu yang dipopularkan oleh kumpulan Search semuanya memerlukan penyanyi menarik nada tinggi.
"Range suara saya barritone dan saya kena berusaha keras sebab saya tak biasa untuk bermain di range tenor. Jadi, saya buat keputusan untuk undur diri bukan atas paksaan atau tak suka tapi kerana saya sendiri rasakan ada orang lebih sesuai berdiri di tempat itu.
"Alhamdulillah, mereka dah jumpa penyanyi yang saya rasa sesuai dengan lagu Search," katanya.
Akim bagaimanapun gembira kerana sempat beraksi bersama Search dalam persembahan di Waronk Avenue, Melaka pada April tahun lalu.
"Saya giat berlatih untuk konsert itu. Ketika berlatih hari pertama hingga ketihga memang okey. Semasa persembahan, suara sudah tiada. Maksudnya range itu saya tak biasa. Saya gunakan suara yang bukan kebiasaan saya. Jadi, tekak saya bermasalah. Lepas saja konsert saya terus tiada suara.
"Apapun, saya gembira dapat satu pengalaman berharga dengan mereka. Search memang rockstar dan saya dapat aura itu. Tak dinafikan Search satu kumpulan yang boleh menggegarkan Asia," katanya. - CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My