CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

'Aplikasi Tukar Bini Benar-benar Gila!' - PU Syed Gesa Pihak Berkuasa Bertindak

11-8-2022 03:05 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 8776| Komen: 57

Perkongsian Pencetus Ummah (PU) Syed mengejutkan warganet apabila memuat naik mesej perbualan antara beliau dengan seorang individu berhubung aplikasi menukar pasangan. 


Berdasarkan tangkap layar perbualan tersebut, individu berkenaan berharap PU Syed dapat melakukan siasatan terhadap hal tular itu.


IG PU Syed

Dalam penjelasannya, PU Syed mendakwa beliau tidak mempunyai kuasa untuk melakukan siasatan terhadap isu yang dibangkitkan itu.

Namun, PU Syed menyatakan beliau boleh membantu dari segi hebahan dan mendedahkan isu tersebut kepada masyarakat menerusi media sosial agar orang ramai mengambil maklum akan hal berkenaan.


Menerusi mesej yang diterima, PU Syed mendapati bahawa pelaku yang melakukan kegiatan tidak bermoral seperti itu (menukar isteri), tidak mempunyai sifat malu dan akhlak dalam diri.



Justeru, PU Syed menggesa pihak berkuasa segera menjalankan siasatan dan membendung aktiviti zina seperti itu dari berterusan berleluasa dalam kalangan masyarakat.

Menggunakan aplikasi untuk menukar pasangan merupakan perbuatan tidak bermoral dan meruntuhkan institusi kekeluargaan secara tidak langsung. 



Hal ini perlu dibanteras jika ia benar berlaku dalam kalangan masyarakat di Malaysia.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 11-8-2022 03:13 PM
apps tukar suami ada jugak tak? selalu dengar swinger tukar bini je kan.  
Quote jalfa 11-8-2022 03:31 PM
Amy crackhouse tersenyum sinis
Quote Hizert 11-8-2022 04:02 PM
Hujung jari sungguh laaa...makin ngeri di akhiri zaman yinni~
Quote epal_putih 11-8-2022 04:03 PM
Yg x tahu dosa pahala kut tuh
Quote swimswim 11-8-2022 04:05 PM
Bkn je x tahu psl dosa pahala, tapi juga x tau pasal sexually transmitted diseases.

Jijik
Quote sharlenetexas 11-8-2022 04:06 PM
Nnt ada tukang bekap.


Quote elzy 11-8-2022 04:35 PM
swimswim replied at 11-8-2022 04:05 PM
Bkn je x tahu psl dosa pahala, tapi juga x tau pasal sexually transmitted diseases.

Jijik

Setuju.. Dosa besar hal utama tapi paling senang hadam jijik..
Quote CiliPadiSedap 11-8-2022 04:36 PM
xperlu apps ni, kt whatsapp tele ada je. siap rakam, ada pun dah leak berkat mi goreng mamak. kasihan lah video gambar leak .

sbb tu bagi kaka apps ni permulaan rosak ketamadunan manusia. ramai salah guna apps untuk scam , nafsu dan lain2 lagi.
Quote Artemesiaa 11-8-2022 06:27 PM
Dah bertahun dah perkara ni walau belum ada apps tu bukan benda baru pun
Quote mawardia 11-8-2022 07:09 PM
I tau ada swingers tapi I tak tau ada apps
Apa nama apps tu?
Nak menelaah untuk menambah ilmu
Quote mrseller 11-8-2022 09:39 PM
Apps yang aku tunggu.. ashley madison..x masuk mesia pulekkkkk
Quote DeLuna85 11-8-2022 09:46 PM
Ya benda ni memang wujud dan dah lama. Cuma sekarang lagi advance dah ada apps. Gila.
Quote JunkMail 11-8-2022 09:48 PM
Tukar suka sama suka... Orang dewasa pulak. Kita mampu cerca je la
Quote Minami2013 11-8-2022 10:26 PM
Manusia tak bertamadun.. bkn isu agama je.
Quote H0rr0rfan 11-8-2022 10:29 PM
Minami2013 replied at 11-8-2022 10:26 PM
Manusia tak bertamadun.. bkn isu agama je.

True...mana-mana tempat kat dunia ni kutuk perbuatan swinger ni.
Quote dua_chzy 11-8-2022 10:29 PM
epal_putih replied at 11-8-2022 08:03 AM
Yg x tahu dosa pahala kut tuh

Where got. Aku pernah ja curious masuk forum swinger. Klu Melayu tu memang bini meka bertudung. Nampak lawa pula tu (walau muka pixelated). Sayang betul ada fetish gila sanggup tengok bini main dengan orang lain. Di forum ni dulu pun ada forumer meluah lakinya mintak dia jadik swinger padehal penampilan macam pak setad katanya.
Quote nurul_akmar 11-8-2022 10:42 PM
hyie replied at 11-8-2022 03:13 PM
apps tukar suami ada jugak tak? selalu dengar swinger tukar bini je kan.

Dh tukar bini tu, automatik tukar laki. 2 dlm 1 kekdahnya
Quote green~tea 11-8-2022 10:55 PM
Mereka ni laa kot golongan penyebar cacar monyet selain puak2 LGBT
Quote green~tea 11-8-2022 10:57 PM
dua_chzy replied at 11-8-2022 10:29 PM
Where got. Aku pernah ja curious masuk forum swinger. Klu Melayu tu memang bini meka bertudung. Na ...


Dulu iols penah register utk skodeng.. tp dah takde kan forum tu, mcm deme tukar website add lain ke apa..

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.069394 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top