Polis sudah mengambil keterangan suspek yang disyaki terbabit dalam kes mencabul kerani wanita di sebuah rumah di Taman Sentosa, Kampar, baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, lelaki itu yang dikenal pasti sebagai anggota polis sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan. "Kita sudah mengenal pasti suspek dan mengambil keterangannya semalam (kelmarin) bagi siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan pada masa sama dari sudut tatatertib juga akan disiasat," katanya ketika dihubungi hari ini (semalam). Beliau berkata, suspek bagaimanapun tidak ditahan dan siasatan lanjut sedang dilakukan terhadap mangsa.
Kelmarin, media melaporkan seorang kerani mendakwa dicabul anggota polis yang dikenalinya melalui laman sosial di sebuah rumah di Taman Sentosa di sini, Jumaat lalu. Mohamad Nazri dilaporkan, berkata wanita berusia 23 tahun itu memberitahu menemui lelaki berkenaan yang mengakui dirinya anggota di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar ketika berada di sebuah bengkel kira-kira jam 10.30 malam sebelum diminta menaiki kereta ke rumah lelaki itu. Wanita itu mendakwa secara tiba-tiba lelaki itu menghalang dan menarik, sebelum mencium mulut dan meraba payu daranya. Sumber: BH Online |
prince_marhaen replied at 11-8-2022 03:14 PM
agaknya dah horny-horny tu turn off pulak agaknya mungkin hanyalah pensel 2B sahaja....kusangkakan a ...
prince_marhaen: agaknya dah horny-horny tu turn off pulak agaknya mungkin hanyalah pensel 2B sahaja....kusangkakan alu lesunggg... tu yang kecewa kot.. hahaha
ADVERTISEMENT