CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Prosiding Tangguh Sebab Peguam Najib Demam

11-8-2022 02:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1148| Komen: 13

Description: Pendengaran permohonan rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bagi mendapatkan dokumen berkaitan syarikat dikawal oleh keluarga Tan Sri Zeti Akhtar Aziz di tangguhkan Mahkamah Rayuan ha ...
Pendengaran permohonan rayuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib  Razak bagi mendapatkan dokumen berkaitan syarikat dikawal oleh keluarga Tan Sri Zeti Akhtar Aziz di tangguhkan Mahkamah Rayuan hari ini.


Tiga panel hakim yang dipengerusikan oleh Datuk Ravinthran Paramaguru memberi penangguhan selepas dimaklumkan peguam mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah cuti sakit kerana demam pagi ini.


Bernama

Ravitharan sebelum menangguhkan prosiding turut bertanya kepada pasukan pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib jika mempunyai sebarang bantahan namun dimaklumkan tiada bantahan penangguhan untuk hari ini.


Mahkamah kemudian menetapkan esok untuk pengurusan kes sebelum memutuskan tarikh baharu bagi pendengaran rayuan itu.

Untuk makluman, selain dokumen berkaitan keluarga Zeti, Najib turut memohon  dokumen Low Taek Jho atau Jho Low.

Pada 12 Julai tahun lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah yang mendengar perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) menolak permohonan untuk mendapatkan dokumen berkenaan kerana melihatnya sebagai tindakan pramatang.

Menurutnya, beliau tidak melihat bagaimana dokumen bank yang berkaitan dengan dana diterima keluarga Zeti, relevan untuk kes pembelaan.

Sequerah berkata, dokumen yang dimohon Najib untuk mempertikai kewibawaan Zeti sebagai gabenor Bank Negara Malaysia itu disifatkan sebagai “serangan kolateral”.

Mahkamah turut menolak satu lagi permohonan Najib untuk mendapatkan rekod telefon bimbit bekas pegawai bank Goldman Sachs, Tim Leissner.

Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan ketika ini sedang dibicarakan atas 25 tuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram melibatkan dana 1MDB berjumlah RM2.28 bilion yang didepositkan ke dalam akaun AmBank miliknya, antara Februari 2011 hingga Disember 2014. 


Sumber: MalaysiaGazette


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote norawestallen 11-8-2022 02:42 PM
Macam-macam
Quote zarulnazmi 11-8-2022 02:53 PM
macam-macam hal lah diorang ni
Quote tumpanglalu74 11-8-2022 03:48 PM
Edited by tumpanglalu74 at 11-8-2022 04:00 PM

Baju OKT belom gosok..  Maklomlah dah takde elaun dobi.

Pastu tukang masak demam..  OKT tak dapat makan pagi sebelom ke mahkamah; doktor nasehatkan berehat, takot pengsan ketike perbicaraan.

Pastu dayang kucen dapat gastrik..  Tak dapat uruskan taik kucen, OKT tak dapat bermanje & berterapi bersame binatang kesayangan; doktor nasehatkan berehat, nanti stres & naik darah tinggi mase perbicaraan.

Pastu pembantu estetik cirit-birit..  Tak dapat uruskan penampilan OKT, muke tak siap; doktor nasehatkan berehat, nanti kurang keyakinan atopon segan menghadapi media di luar mahkamah.
Quote dani-rox 11-8-2022 03:52 PM
agaknya demam akibat trauma dilompat hanjeng dia dulu
Quote supernaturalee 11-8-2022 03:56 PM
sprm sila pantau pergerakan org2 berkepentingan dlm kes ni

time2 gini mau ada yg selit2
Quote kemaruk 11-8-2022 04:30 PM
Rupanya keluarga zety aziz pernah dapat duit dari jho low

Komplot tingkat tertinggi
Quote sharlenetexas 11-8-2022 04:32 PM
tumpanglalu74 replied at 11-8-2022 03:48 PM
Baju OKT belom gosok..  Maklomlah dah takde elaun dobi.

Pastu tukang masak demam..  OKT tak dapat m ...

Kiky demam pulak.


Quote sharlenetexas 11-8-2022 04:33 PM
dani-rox replied at 11-8-2022 03:52 PM
agaknya demam akibat trauma dilompat hanjeng dia dulu

Sampai patah jari.


Quote dani-rox 11-8-2022 04:43 PM

kes najib ni la lawyer shafee asyik ditimpa malang jah. kesian sangat
Quote dodolgemok 11-8-2022 08:02 PM
Shafee ni kalau xkena gigit hanjeng, mesti mc/demam/patah jubo kan? Asal kau xmmpos terus jah boleh tukar loyer lain? Semoga najib disumbat n jel mggu depan. Amen
Quote Nenasketum 11-8-2022 08:05 PM
Memacam la ko ni Jibby, apa tak padam terus
Quote tumpanglalu74 11-8-2022 08:26 PM
dani-rox replied at 11-8-2022 03:52 PM
agaknya demam akibat trauma dilompat hanjeng dia dulu

IMG_20220811_202120.jpg
Quote kemaruk 11-8-2022 08:47 PM
SEBELUM PRU14.. acik2 sedang bersembang sesama sendiri

makcik 1 : aku nak UMNO kalah sebab aku nak najib masuk penjara kerana bunuh altantuya, kevin morais, tan beng hock, pengasas ambank etc

makcik 2 : ambo pulop nok tahu mano najib sorok MH370 dan ambo tahu MH17 ditembak sebab najib ado rahsio

pakcik 1 : saya cuma nak tahu mana pergi wang 1MDB sebanyak RM60 bilion yang najib songlap.. tengok tanah TRX tu cuma lubang kosong

pakcik 2 : pakcik pulak nak najib yang zalim tu tumbang sebab bini dia beli cincin kununnya menabung sejak lahir, pastu bini dia owner grab.. pakcik nak bawak teksi pon susah sekarang ni.. PH janji nak hapus tol, minyak jadi harga level venezuela, EPL percuma etc

SELEPAS PRU14

acik 1&2 : alhamdulillah akhirnya najib terbukti bersalah....

bangkem : ye ke najib dah terbukti bersalah atas dakwaan macam acik2 tuduh (fitnah) sebelum ni?

makcik 1 : eh ko tak baca newspaper ke.. kan najib dah bersalah songlap duit 1MDB tuuuuu

bangkem : najib cuma sangkut sebab TERpakai duit (yang diuruskan oleh pembantu) untuk beli sejadah, kain pelikat etc).. duit tu bukan untuk najib guna untuk perbelanjaan peribadi ponn

makcik 2 : eh samo la tu eh.. pencuri jugak tu

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 09:56 AM GMT+8 , Processed in 0.055903 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top