Seorang aktres dari Iraq nekad menyaman The Economist kerana akhbar tersebut menggunakan gambarnya bagi sebuah artikel yang berkait dengan cerita kononnya wanita Arab ‘lebih gemuk’ berbanding lelaki.
Enas Taleb berkata, gambar itu digunakan di luar konteks tanpa kebenarannya, sekali gus melanggar privasinya selain dia juga mendakwa gambar tersebut telah disunting. Dalam satu temu bual, pelakon dan pengacara program bual bicara terkenal di negara itu berkata, dia telahpun memulakan tindakan undang-undang di United Kingdom (UK). Artikel bertajuk ‘Why Women Are Fatter Than Men In The Arab World’ diterbitkan pada Julai lalu denggan menggunakan gambar Enas Taleb yang diambil di Festival Antarabangsa Babylon di Iraq, sembilan bulan lalu.
Artikel tersebut menulis tentang kemiskinan dan sekatan masyarakat yang mengekalkan wanita di Iraq tingal di dalam rumah sekali gus menjadi punca mengapa lebih ramai wanita Arab mengalami berat badan berlebihan. Baginya, dia melabelkan artikel itu sebagai ‘penghinaan’ terhadap wanita Arab serta Iraq khususnya dan tindakan undang-undang perlu diambil untuk menjernihkan keadaan. Lebih memilukan, Enas terpaksa berhadapan dengan siber buli dalam media sosial kerana gambarnya yang ditayangkan kelihatan gemuk. Namun, aktres itu menegaskan bahawa dia mengamalkan makanan sihat dan gambar kelihatan gemuk itu adalah sesuatu yang sangat mengaibkan bagi dirinya. Sumber: Suara Merdeka
|
Friska replied at 11-8-2022 05:46 PM
Bahenol dia
Perils replied at 11-8-2022 09:08 PM
Buges , kamu yakin login username yg betol ke nih??wkwkwkwk .
sharlenetexas replied at 11-8-2022 09:12 PM
Menjadi diri sendiri? Tak larat salin kulit?
Perils replied at 11-8-2022 09:17 PM
Byk sgt jelmaan dia buat sampai tersilap masuk username . iols cadangkan sopaya dia beli satu buku ...
Thunderclouds replied at 11-8-2022 03:02 PM
Nah! Decide for yourself domok ke dak. Btw,dia Iraqi not Iranian. Cita pn campoq aduk. Dasar pemalas ...
ADVERTISEMENT