CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pembantu Am Sekolah Mengaku Tak Salah Abai, Tinggal Tiga Anak

11-8-2022 02:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7939| Komen: 99

Description: Seorang pembantu am sekolah wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan kecuaian meninggalkan tiga anak kandungnya, tiga tahun lalu.
Seorang pembantu am sekolah wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan kecuaian meninggalkan tiga anak kandungnya, tiga tahun lalu.


Tertuduh, Masanizah Roslan, 40, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nariman Badruddin.


Masanizah (kiri) didakwa di Mahkamah Sesyen pada Khamis atas dua pertuduhan melakukan kecuaian meninggalkan tiga anak kandungnya, tiga tahun lalu.

Berdasarkan kedua-dua pertuduhan, tertuduh didakwa dengan cuainya telah meninggalkan tiga anak kandung berusia sebelas, lapan dan enam tahun tanpa jagaan.


Kesalahan itu mungkin menyebabkan anaknya mengalami kecederaan fizikal dan emosi.

Perbuatan itu dilakukan dalam sebuah rumah di Taman Gadong Perdana di sini, antara 23 Mei hingga 25 September tahun lalu.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Anis Najwa Nazari yang menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan.

Tertuduh yang sedang hamil tiga bulan dan tidak diwakili peguam merayu jumlah jaminan dikurangkan dengan alasan berpendapatan kecil selain masih membayar wang jagaan ketiga-tiga anaknya.

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM7,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 12 September depan bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Difahamkan kanak-kanak itu kini di bawah jagaan ibu saudara bekas suami.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kelip2_07 11-8-2022 02:36 PM
mcm tu perangai pn blh ngandung lg..pastu abai lg
Quote Nnasda53 11-8-2022 02:51 PM
Moga baik2 sahaja buat anak2 nya.
Quote glump 11-8-2022 03:28 PM
Edited by glump at 12-8-2022 12:08 PM

Ada news berlegar wanita telah menabaikan anak tanpa penjagaan selama di antara mei sampai Sept 2021
..lamanya.
Quote syaz_lina 11-8-2022 03:30 PM
Manusia camni udah2 lah tu membiak, dah macam kucing beranak merata.please la pakai kondom or pancut luar weh
Quote jalfa 11-8-2022 03:33 PM
Dia tinggai anak camne..dlm perangai pelesit dok tingai anak sana sini sibuk lagi berjimak mengandung..x reti pakai kondom ke dekk
Quote besi_kelabu 11-8-2022 03:36 PM
dia tinggal anak, dia pegi mana..?
Quote supernaturalee 11-8-2022 03:38 PM
yg tgl ank smpi jatuh meninggal xkena ape plk ye


Quote annehuda 11-8-2022 03:40 PM
aku malas nk kecam lebih2 aku lebih berminat nak tau apa kisah disebaliknya ni
Quote annehuda 11-8-2022 03:40 PM
aku malas nk kecam lebih2 aku lebih berminat nak tau apa kisah disebaliknya ni
Quote chandrahusin 11-8-2022 03:42 PM
Ayah bdk2 ni mana?
Kenapa Ibu je kena hukum
Quote mizruncing 11-8-2022 03:43 PM
kesiannyaa anak2. laki nya mane??
Quote nylliette 11-8-2022 03:47 PM
aik wartawan buat keje lebih skit ar..mana bapaknya. apahal mak sorg je kena. nak kecam pun kena tau cite sebenar jugak. aku paham ibu ni 3 anak nak hntr kat pengasuh punya mahal dia tak mampu. anak2 dia pun dh besar jugak bukan kecik sgt
Quote Jennyrol 11-8-2022 03:48 PM
Mcm tergantung.. xmampu nk sara anak3 tp pregnant lg? Bekas laki xbg nafkah ke tuk anak3
Quote kon2 11-8-2022 04:13 PM
crita separuh... xpaham sgt
Quote melekaifc 11-8-2022 04:20 PM
melaka apa lagi yang uolls expect..mengandung anak luar nikah tu perkara biasa la untuk acik acik kepam melaka ni.
Quote sharlenetexas 11-8-2022 04:39 PM
Bapaknya mana?

Quote prettyuglybabe 11-8-2022 04:42 PM
yang sedia ada pun tak mampu jaga, gigih lagi mengandung..
Quote TabletSusu 11-8-2022 05:34 PM
ntah hapa2 wartawan..
perenggan atas sekali kata dia tinggalkan anak2 dia 3 tahun lalu
yg tengah pulak kata kes jadi antara 23 mei smp 25 sep tahun lalu.

aku rs dia terpaksa tinggakanl anak2 dia sbb nak gi kerja. nak hantar ket pengasuh x cukup duit
Quote Friska 11-8-2022 05:44 PM
Tertuduh yang sedang hamil tiga bulan
Hamil 3 bulan, suaminya mana?

Lihat semua komen(99)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-7-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.059099 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top