CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramai Kutuk Ratu Farah Jadi Penyanyi!

11-8-2022 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7842| Komen: 62

Syarikat rakaman Rusa Music tidak berhasrat menjadikan pempengaruh popular di TikTok, Ratu Farah Diva sebagai penyanyi, meskipun gadis itu semakin dikenali menerusi video muzik lagu berjudul Sikok Bagi Duo di media sosial.


Menurut Pencipta Kandungan Rusa Music Marketing, Mohd Amirul Mohd Rizuan, 25, penglibatan Ratu Farah hanya sebahagian daripada rangka pemasaran lagu itu yang dihasilkan oleh penyanyi dari seberang, Upiak Isil.

Foto: IG

“Lagu asal Sikok Bagi Duo dinyanyikan oleh Meli Dedi. Upiak menggubah semula lagu tersebut dengan lirik sendiri dan membawakannya dalam versi berbeza menggunakan judul Slebew.

“Lagu itu diterbitkan oleh MVM Production, juga di bawah Rusa Music dan dilancarkan pada minggu lepas. Hari yang sama juga kami lancarkan video muzik nyanyian Ratu Farah di YouTube,” katanya.



Jelas Amirul, pihaknya sedar, ramai yang tidak senang dengan tindakan Rusa Music itu, namun mempunyai alasan tersendiri mengapa perancangan tersebut diteruskan.

“Memang sebelum ini, Ratu Farah pernah  menyatakan minat untuk menyanyi. Tetapi, dia tahu, untuk serius itu tidak mungkin. Jadi, kami tawarkan dia terlibat dalam projek video muzik ini secara one-off.

“Kami tak berhasrat nak jadikan dia sebagai penyanyi. Dia pun bersetuju untuk terlibat dalam projek ini saja. Memandangkan dia sedang tular di TikTok, kami hasilkan bahan kandungan ini untuk mempromosikan lagu Upiak itu,” katanya.



Ditanya mengenai kecaman daripada pendengar dan peminat muzik tempatan, Amirul berkata, mereka perlu melihat dari sudut pemasaran kerana setiap label mempunyai strategi tertentu untuk mempromosikan sesebuah lagu.

“Ini cuma untuk suka-suka. Ada sesetengah orang suka dan layan saja lagu itu di YouTube, tetapi ada juga yang kata merosakkan industri.

“Sebenarnya dari sudut hiburan dan pemasaran, setiap apa yang kita lakukan itu ada alasannya. Contohnya, untuk bahan kandungan.  Kita bukan saja-saja buat, tujuannya tentulah untuk promosi,”katanya.



Setakat ini, video muzik parodi Ratu Farah itu sudah mencecah jumlah tontonan lebih 200,000 di saluran YouTube Rusa Entertainment, manakala video muzik penyanyi asal pula sudah mencapai sejuta tontonan di saluran sama. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 11-8-2022 10:29 AM
Wait, who is this ratu farah person?
Ku ingat Raja Farah tadi.
Quote lasagna 11-8-2022 10:31 AM
slyfynx replied at 11-8-2022 10:29 AM
Wait, who is this ratu farah person?
Ku ingat Raja Farah tadi.

kaka pun tak kenai jugeks kalau dari tiktok ni semua, hampuuunnnn laa, sbb igt Raja Farah yg berlakon tu.
Quote ayukpingu 11-8-2022 10:31 AM
senang je sekrg ni kan...nak pemes kena jadi bongok2 sikit...contoh mcm dia ni. entah apa2 la content beliau di TT
Quote Mary_jane 11-8-2022 10:53 AM
Apa benda lah sikok bagi duo ni? Sampaikan EL shayang semua pun gigih buat video.

Mana diorang nak kisah pun kena kecam, benda asalkan viral.
Quote sukacactus 11-8-2022 10:59 AM
Apakebenda ni?
Baca artikel, aku cuma tau upiak je
Lain2 whoareyousss?
Quote pembacagosip 11-8-2022 10:59 AM
aku x kenal sbb x ada tik tok....moga terus istiqomah x ada tik tok hahhahahhhahaha
Quote nyoyoyenye 11-8-2022 11:02 AM
macam harey
Quote ren14 11-8-2022 11:49 AM
sokmo vid minah ni lalau kat fyd titotok i. kozerrrrrrr...
Quote cikatilia 11-8-2022 01:15 PM
dia ni mcm aneh2 di mata aku
adakah dia OKU?
kdg2 malu gak tgk video dia
Quote prince_marhaen 11-8-2022 02:44 PM
betina berkerak acah-acah oku ni pun dah jadi retis rusamusic company sampah tu? acah-acah oku lembam terus dapat masuk studio, dapat masuk Tv, dapat mekap dari MUA artis kan... lepas tu content semua macam gatal bijik nak pegang2 pastu pick up line kat lelaki...tak sedar diri berkerak ke..
Quote terpaling 11-8-2022 02:45 PM
haram aku tak kenal yihhh sgt la
Quote seri_mawr 11-8-2022 03:13 PM
nmpk benor aku dah tua....

x sesuai dah dgn jiwa aku kesukaan budak2 sekarang dgn taste aku..hahhaa

entah apa2 ratu farah parodi lagu malam pesta muda mudi tu...
zaman skrg nak buat duit kena jadi bodoh or buat benda2 bodoh ke mcm mana..?

huhuhu
Quote stania83 11-8-2022 03:20 PM
sedap gila lagu sikok bagi dua
Quote orkid_amani 11-8-2022 03:43 PM
stania83 replied at 11-8-2022 03:20 PM
sedap gila lagu sikok bagi dua

Aii tgk DJ imut cover lagu ni senonoh la sikit..si ratu Farah tu mcm xkena..dgn bertudungnya lagi.. please la mcm menjatuhkan imej org bertudung,kalau nk menari terkinja2 tu xsesuai wei..mana ada pmpuan bertudung menarik2 gitu..hilang kemaluan dah ka
Quote tootii 11-8-2022 04:49 PM
aku tak aktif tik tok .. tapi kadang2 ratu tv ni naik kat fb jugak ..
tp bila ngk si ayiematpiah bahan dia lagu raya .. kesayuan jadi kesayuran , meleleh air mata aku ketawa hahaha..
Quote krimkraker 11-8-2022 05:57 PM
Meolss kenai raja farah sebutir beras itu ibarat setitik peluh petani...hargai beras kite....ratu farah xkenai
Quote Suchi 11-8-2022 06:09 PM
Edited by Suchi at 11-8-2022 06:11 PM

Apa yg sedap sgt lagu sikok ni ye, hat lirik lagu original pun iols tak paham sebenda. Dia mcm ko buat lagu suh budak keci yg baru nak pandai ckp tulis lirik. Maka terhasila la lirik lagu ntah apa2 takde makna yg jelas.
Yg si ratu nyanyi pun sama tiba2 ada perkataan yg takde dlm kamus dewan pun. Ayat2 aneh yg mungkin hanya dia je faham.
Kesudahannya iols kemurungan sendiri gara2 gagal mentafsir lagu tu.. art berat sangat ke apa ntahlaaa
Quote lampor 11-8-2022 07:52 PM
Haha.. baca kat youtube... Ramai ramal sheols jadi peserta big stage next season... Punah2..
Quote cahaya_almas 11-8-2022 10:29 PM
Tk kenal...i dah tua.....huhu..tp mcm pelik je dia nie...

Lihat semua komen(62)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.517521 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top