CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tertinggal Anak Semasa Curi Motor

11-8-2022 10:10 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1298| Komen: 4

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan situasi seorang lelaki yang tertinggal anaknya ketika mencuri sebuah motosikal di tepi jalan, lapor laman berita Suara.com.


Video berkenaan dimuat naik di akaun Instagram @terang_media. Kejadian itu dikatakan berlaku di sebatang jalan di Pematang Siantar, Sumatera Utara.

Rakaman memaparkan seorang lelaki bersama anak perempuannya sedang berjalan di tepi sebatang jalan yang agak sesak.

Foto: IG

Lelaki itu kemudian meluru ke arah sebuah motosikal yang ditinggalkan di tepi jalan lalu membawanya pergi. Dia bagaimanapun meninggalkan anak perempuannya tanpa disedari. 


Kanak-kanak itu kelihatan keliru melihat aksi bapanya lalu cuba menaiki motosikal namun, dia ditinggalkan begitu sahaja.

“Menurut keterangan kanak-kanak yang ditinggalkan, pelaku ialah bapanya dan rumah mereka terletak 200 meter dari lokasi kejadian,” demikian menurut keterangan video tersebut.

Seorang lelaki lain dilihat cuba mengejar pencuri yang melarikan motosikalnya, namun gagal. Budak malang yang ditinggalkan itu dibawa masuk ke dalam salah sebuah rumah penduduk dan disoal siasat.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kasihan anaknya,” kata seorang netizen.

“Semoga anaknya tidak meniru bapanya menjadi pencuri,” komen netizen lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 11-8-2022 11:08 AM
Tertinggal anak? Rumpun melayu banget
Quote Artemesiaa 11-8-2022 11:14 AM
Anak sendiri dah kantoikan si bapa pelakunya
Quote Mini.Me 12-8-2022 02:48 PM
Yg aneh² je indo ni
Quote Solokkk 13-8-2022 04:01 PM
Berita caprut

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.316617 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top