CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Patung purba bergerak sendiri

24-6-2013 11:06 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12903| Komen: 66

Manchester: Satu patung purba dari Mesir yang dipamerkan di sebuah muzium menimbulkan kegemparan apabila ia bergerak dan dipercayai ada kaitan dengan kewujudan semangat dalam objek itu yang cuba keluar dari situ.

Patung batu berusia 4,000 tahun itu dilaporkan berpusing perlahan-lahan sehingga 360 darjah walaupun berada dalam kotak kaca yang dikunci rapi. Patung setinggi kira-kira 25.5 sentimeter itu mula dipamerkan kepada orang awam sejak 80 tahun lalu dan didakwa menjadi persembahan kepada dewa Osiris.

Masyarakat Mesir purba menganggap Osiris sebagai dewa kematian. Hanya beberapa kakitangan Muzium Manchester dibenarkan mengakses patung berkenaan. Seorang daripada mereka ialah kurator artifak Campbell Price, 29, yang menjadi individu pertama mengesan keanehan berkenaan. Kata Price, kebanyakan pakar Mesir purba tidak percaya kepada benda karut, tetapi dia masih tertanya-tanya bagaimana kedudukan patung itu boleh berubah sendiri. “Pada satu hari saya dapati patung ini menghadap ke arah lain dan sehari kemudian, ia beralih ke arah lain.



“Tiada objek lain yang dipamerkan di muzium ini beralih kedudukan dan ia sangat luar biasa,” katanya. Menurut Price, masyarakat Mesir purba percaya patung dewa seperti itu boleh menjadi tempat alternatif kepada roh seseorang selepas kematiannya. “Tetapi mereka pun akan terkejut jika patung seperti ini bergerak sendiri,” katanya.

Disebabkan kejadian aneh itu, kakitangan muzium kemudian memasang kamera untuk merakamkan keadaan patung berkenaan setiap saat selama seminggu.

Berdasarkan rakaman itu, mereka terkejut apabila mendapati patung berkenaan membuat pusingan 360 darjah. Antara penjelasan yang dapat difikirkan ialah, kesan gegaran daripada tapak kaki pengunjung muzium, atau akibat trafik di luar bangunan.


1

Bagus
2

Marah

Terkejut
3

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gogo2 24-6-2013 07:38 AM
adalah org main2 dgn patung tu
Quote MissNigga 24-6-2013 07:47 AM
euww...spookynya.... ntah ntah semangat firaun nak kuar balik .. nak rules dunia ni balik  
Quote redz85 24-6-2013 08:05 AM
night at the museum.. memalam patung semua hidup..
Quote gujiwa 24-6-2013 08:19 AM
semangat firaun nk kuar balik?? hahahaha tak leh blah betul.. ada lah saka yang duk menunggu tuh
Quote kurga 24-6-2013 10:17 AM
aku rasa sebab hentakan kaki laa... sebab bila video tu waktu siang baru benda tu bergerak... waktu malam xde gerak pon.. just my 20 posen..
Quote cepheid 24-6-2013 10:18 AM
MissNigga posted on 24-6-2013 07:47 AM
euww...spookynya.... ntah ntah semangat firaun nak kuar balik .. nak rules dunia ni balik

Miss banyak tengok sangat tv ni
Quote manehnya 24-6-2013 10:21 AM
tp apasai patung lain x begerak pulak kalu sebb hentakan kaki dan trafik ktk luar?
Quote itik_kuning 24-6-2013 10:28 AM
balutan ketat la, tak selesa jadi tontonan. dia nak mintak di buka sikit tuh
Quote rospinki 24-6-2013 10:33 AM
gujiwa posted on 24-6-2013 08:19 AM
semangat firaun nk kuar balik?? hahahaha tak leh blah betul.. ada lah saka yang duk menunggu tuh

saka tengkorak dia..
Quote UnaHusna 24-6-2013 10:37 AM
time aku g mesir tahun lepas tourist guide bawak g melawat muzium firaun..aku rasa seram sgt masuk dalam tu ngan mumia2 yang besar gabak tu
Quote ell768 24-6-2013 10:39 AM
manehnya posted on 24-6-2013 10:21 AM
tp apasai patung lain x begerak pulak kalu sebb hentakan kaki dan trafik ktk luar?

aah..aku pun terpk mende yg sama..awat ht tu seketul jer bergerak..hurrmmmm...
Quote ladygempak 24-6-2013 10:42 AM

cuba alih kat tempat lain, jauh dari orang ramai dan trafik untuk seminggu..
selama tu jgk jgn ada sapa2 dtg dekat, cuma rakam dgn kamera...kalau bergerak jgk, mmg misteri laa..
Quote fredbok87 24-6-2013 10:44 AM
aku rasa mcm tk logik bende tu bergerak pasal hentak kaki ? trafik luar ? kalau betul buat penyelidikan la.. jgn main assume jek sebab artifak lain tk bergerak pon...? haaa cmno tu ? tp kita kena tahu juga kita nie dikelilingi alam ghaib jugak..tk mustahil adanya elemen mistik disitu....
Quote cak! 24-6-2013 10:47 AM
patung lain kat sebelah xbergerak plak
Quote kakiputaralam 24-6-2013 12:01 PM
Tak sangka..mentaliti ummaH kokosen pun setaraf ummah jawa caprut




Quote Acong 24-6-2013 12:09 PM
bodo.......... letak je laa alas getah sbg lapik........
Quote zorrro_03 24-6-2013 12:21 PM
Adakah warga manchester  pprt percaya khurafat.  Kesian patung tu terkial2 nak pusing 360°.  
Quote cmf_rambutan 24-6-2013 12:23 PM
nak naikkan rega tiket la tuh....
Quote Mata_coklat 24-6-2013 12:27 PM
Nape x skru je patung tu kat lantai tgk gerak ke x..

Lihat semua komen(66)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:48 AM GMT+8 , Processed in 0.044014 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top