CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyanyi Ditangkap Polis, Dipaksa Minta Maaf Sebab Suara Sumbang Dan Muka Tak Kacak

11-8-2022 10:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2053| Komen: 24

DHAKA – Seorang penyanyi lelaki di Bangladesh dipaksa untuk menandatangani notis permohonan maaf oleh polis selepas diberitahu bahawa dia terlalu hodoh untuk menjadi penyanyi, lapor akhbar New York Post.


Penyanyi dikenali sebagai Hero Alom itu juga dilaporkan turut didesak untuk menghentikan nyanyian sumbangnya.

Menurut Alom, pada pukul 6 pagi (waktu tempatan) Khamis lalu, dia ditahan di ibu pejabat polis selama lapan jam, lapor agensi berita AFP. 

Foto: New York Post


“Semua orang secara rawak bertanyakan soalan kepada saya dan saya terpaksa menjawab tanpa henti.


“Seseorang kemudian tiba-tiba mencengkam rambut saya dan bertanya sama ada saya mempunyai wajah seperti ‘hero’ (wira),” kata Alom kepada laman berita India Today.

Pihak berkuasa didakwa berang terhadap rakaman Alom yang menyanyikan lagu klasik oleh pemenang Anugerah Nobel, Rabindranath Tagore dan penyair negara, Kazi Nazrul Islam, demikian menurut AFP.

Polis memberitahu bahawa mereka menerima banyak aduan mengenai nyanyian Alom. Penyanyi itu kemudian memohon maaf atas lagu-lagu tersebut selain kerana memakai pakaian seragam polis dalam klip videonya.

“Dia mengubah sepenuhnya gaya tradisional nyanyian lagu itu namun kini, memberi jaminan kepada kami bahawa tidak akan mengulangi perkara itu,” kata detektif Dhaka, Harun ur Rashid.

Alom yang mempunyai hampir dua juta pengikut di Facebook menyiarkan video muzik baharu selepas kejadian itu yang menunjukkan dia berada di sebalik jeriji besi dan hampir dihukum bunuh.

“Ini adalah Bangladesh yang merdeka. Jika saya tidak boleh bercakap, menyanyi atau melakukan aktiviti riadah, maka saya rasa hak saya sedang diragut,” katanya kepada India Today. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jalfa 11-8-2022 10:05 AM
Kat google taip je hero keluar terus hero alom
Ko terima kasih dekk kpd yg merepot ngko...satu bukit bintang kenal ko
Quote _blackbird 11-8-2022 10:15 AM
td baru dengar sora dia menyanyi kat radio. ambooiii dj pon curious mcm mana sumbang nya suara dia sampai kasi sampling ahahah bodoh je
Quote esbok 11-8-2022 11:02 AM
kene tangkap sebab nyanyi  ke sebab pakai baju polis
Quote namieamuro 11-8-2022 11:05 AM
takkan sbb suara nyanyian die je? bkn sbb die pakai pakaian polis pastu ubh ikot selera die? bkn yg tu lagi berat ke isu nye?

kalau kt malaysia ni bole la suh alep sokri, iqbal terlalu subur tu mtk maaf sbb nyanyi tak sedap
Quote LadyDee88 11-8-2022 11:44 AM
hahah terhibur plak aku baca berita ni.. sumbang sgt ke sore beliau smpai nak kena tahan polis
Quote Kurex 11-8-2022 11:48 AM
Kawan iols taste bangla yach! Dia kata bau bangla buat dia berahi
Quote Dwdrum 11-8-2022 11:56 AM
[youtube]R0K619SqmHM[/youtube]
Quote Dwdrum 11-8-2022 11:59 AM
Voice dia funny.... Bukan hina but memang funny... Tidak faham di nyanyi apa.. Spontaneously ter gelak
Quote supernaturalee 11-8-2022 12:01 PM

ye lah mcm alip sukri sore die



Quote Dwdrum 11-8-2022 12:07 PM
supernaturalee replied at 10-8-2022 08:01 PM
ye lah mcm alip sukri sore die

Netizen bangladesh report mungkin sebab di tortured dengan voice dia.... Gelak tidak boleh stop...
Quote Mary_jane 11-8-2022 12:07 PM
Burita apakah ini?
Quote chandrahusin 11-8-2022 12:13 PM
Mintak polis tu tahan jgk alip sokre, kebal & bidah kat sini
Quote amyza82 11-8-2022 12:39 PM
Huntung la alipp, Vida, kebal, lahir kat malaysia
Quote hyie 11-8-2022 01:06 PM
mengingatkan meols kat penyanyi duet dengan ezad lazim yang terkini
Quote Suchi 11-8-2022 01:17 PM
Takde la teruk sangat suara dia rasa kat malaysia ni lagi dasat tp tetap mengungguli carta
Quote CariMalay 11-8-2022 08:15 PM
Hensem, macam remy ishak
Quote Supersirap 11-8-2022 08:28 PM
Bakat yang tidak dihargai
Quote ashilalat 11-8-2022 08:31 PM
Cc kepada ning baizura...

Rintik hujunnnnn..mencipta koooo hut..hut...
Ah wan...yang terpilu

Oklah, org x bayar tgk mamat ni nyanyi. Ning B org bayar pon nyanyi ke laut. Hahaha. Polis tahan kang, niaya.
Quote Belibis 11-8-2022 08:48 PM
LadyDee88 replied at 11-8-2022 11:44 AM
hahah terhibur plak aku baca berita ni.. sumbang sgt ke sore beliau smpai nak kena tahan polis

Kalau dia masuk ICSYV bangladesh,tentu menang 3k takar..sebab penyamar bersuara sumbang.

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 09:17 PM GMT+8 , Processed in 0.065559 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top