Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara kerana melakukan hubungan seks dengan seekor kuda. Pelaku, Abdul Ghani didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah ladang kuda di Bradford pada tahun 2018.
Sebelum ditangkap, pemilik kuda menemui timun, berus dan beg lobak berhampiran ladangnya. Pada September 2018, Ghani dijumpai berhampiran ladang itu dengan minyak bayi dan lobak di dalam keretanya. Dia pada waktu itu turut mengambil minuman keras dan dadah ketika merayap ke ladang berkenaan.
Kerana sangsi dengan keadaan kuda serta barang-barang yang ditemui, pemilik melaporkan kejadian itu kepada polis. Hasil pemeriksaan oleh doktor haiwan akhirnya membawa kepada padanan DNA milik Ghani, sekaligus membongkar perbuatan jijiknya dengan haiwan. Menurut pendengaran kes yang dilakukan pada minggu ini, pendakwa raya Michael Collins memberitahu mahkamah bahawa polis menemui 993 carian internet dalam telefon Ghani mengenai perbuatan seks dengan haiwan, terutamanya kuda. Ghani mempunyai tujuh sabitan atas 17 kesalahan, terutamanya berkaitan dengan kesalahan minum, dadah dan memandu dalam rekodnya. Akhirnya, dia mengaku bersalah melakukan persetubuhan dengan haiwan. Jonathan Turner, peguam Ghani berkata anak guamnya sangat malu selepas perbuatannya terbongkar. Sejak kejadian empat tahun lalu, Ghani berhenti melakukan perbuatan itu dan mula hidup mengikut lunas undang-undang, ujar peguamnya kepada mahkamah baru-baru ini. Ghani dipenjara selama 10 bulan dan dilarang memandu selama dua tahun lima bulan, serta diminta menandatangani daftar pesalah seks selama 10 tahun. -CARI Sumber: mStar/ Daily Star
|
batu kikir replied at 11-8-2022 11:33 AM
Kenapa mata kuda dalam gambar tu digelapkan ya?
black_handbag replied at 11-8-2022 11:18 AM
liwat kuda ke. tak tercirit ke kuda tu kena sula. eii gelinya mesti taik bertempek2 kena sula
ADVERTISEMENT