CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerajaan Nafi Arah Sekolah Lukis Potret 'Negarawan Johor'

11-8-2022 09:42 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 837| Komen: 1

Kerajaan negeri menafikan ada mengarahkan sekolah-sekolah di Johor menganjurkan Pertandingan Melukis Potret Negarawan Johor yang memaparkan muka Menteri Besar Johor dan barisan exco kerajaan negeri.


Exco Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norliza Noh menjelaskan, pertandingan seumpama itu yang diadakan sempena sambutan Bulan Kebangsaan adalah insiatif sekolah terbabit dan tiada kaitan dengan kerajaan negeri.


Gambar hiasan

"Saya ingin memaklumkan bahawa pihak kerajaan negeri Johor tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menjalankan pertandingan ini.

"Semakan pihak kami mendapati bahawa program ini dijalankan atas inisiatif pihak sekolah berkenaan sebagai pengisian bulan kemerdekaan untuk pelajar mereka.

"Selaku Exco pendidikan saya menghargai sikap proaktif guru-guru dalam menyemarakkan bulan kemerdekaan serta meraikan bakat pelajar Pendidikan Seni Visual," katanya dalam entri terbaharu Facebook miliknya, pada Rabu.

Sejak Rabu, tular poster pertandingan itu yang dianjurkan di sebuah sekolah menengah di Johor, dengan menonjolkan Menteri Besar Johor dan empat Exco kerajaan negeri termasuk Norliza sebagai negarawan Johor.



Poster itu antaranya mendapat perhatian bekas Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Jimmy Puah Wee Tse yang secara sinis mempersoalkan mengapa 'watak-watak' politik perlu dilukis di sekolah.

Wee Tse berharap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang akan menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

Norliza berpendapat, penggunaan istilah 'negarawan Johor' dalam poster yang ditularkan itu adalah amat tidak sesuai untuk dirujuk kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri yang masih berkhidmat.

"Saya memahami bahawa kesilapan ini telah memberikan imej buruk kepada barisan kepimpinan kerajaan negeri Johor khususnya," katanya.


Loading FB Post...

Beliau berharap, isu itu tidak dipanjangkan dan menjadi bahan politik hingga menjejaskan pihak guru serta sekolah yang terlibat.

"Kerajaan negeri Johor sentiasa menyokong usaha meningkatkan kemahiran dan menggilap bakat pelajar," katanya. 


Sumber: Sinar Harian


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote capiloton 11-8-2022 09:51 AM
bila johor nak keluar malaysia?  

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.238333 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top