CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tak Sengaja Undur Kereta, Rempuh 3 Anak

10-8-2022 06:29 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1003| Komen: 0

Seorang lelaki dari Bandar Raya New York merempuh tiga anaknya dan tiga individu lain selepas mengundurkan kenderaannya secara tidak sengaja dalam satu insiden di Bronx, lapor akhbar New York Post semalam.


Kesemua mangsa mengalami kecederaan ringan dan mereka kini dirawat di hospital, kata polis.


Seorang lelaki dari Bandar Raya New York merempuh tiga anaknya dan tiga individu lain selepas mengundurkan kenderaannya secara tidak sengaja dalam satu insiden di Bronx, lapor akhbar New York Post semalam.

Lelaki berkenaan secara tidak sengaja mengundurkan kereta dan tidak menekan brek di jalan East 163rd Street & Prospect Avenue berhampiran Woodstock kira-kira pukul 12.20 tengah hari (waktu tempatan). 


Dia kemudian merempuh bangunan dan semua mangsa, kata polis.

Dia merupakan bapa kepada tiga kanak-kanak yang dilanggarnya, kata sumber polis.

Semua kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Harlem, manakala mangsa dewasa yang turut dilanggar mendapatkan rawatan di Hospital Lincoln, kata polis.

“Ia benar-benar satu kemalangan,” kata jurucakap polis. 


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:30 PM GMT+8 , Processed in 0.133176 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top