CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pukul Kepala Penguat Kuasa MBJB Tak Puas Hati Disaman

10-8-2022 06:26 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 835| Komen: 3

Seorang anggota penguat kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) cedera di bahagian kepala akibat dipukul dan ditolak jatuh ke jalan raya di Jalan Sutera, Taman Sentosa di sini, semalam.


Dalam kejadian kira-kira 11.30 pagi, mangsa berusia 23 tahun itu dipercayai dicederakan dua suspek selepas mengeluarkan saman terhadap mereka.


Mangsa menunjukkan luka akibat diserang dua suspek akibat tidak berpuas hati disaman kerana kenderaan menghalang lalu-lintas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, ketika kejadian, anggota penguat kuasa tersebut mengeluarkan saman ke atas kenderaan suspek yang didapati diparkir dalam keadaan menghalang lalu-lintas.


Berang atas tindakan anggota penguat kuasa tersebut, suspek warga tempatan berusia 42 dan 47 tahun yang tidak berpuas hati bertindak menyerang mangsa dan berlaku pergelutan.

“Selepas suspek memukul anggota penguat kuasa MBJB itu sehingga cedera, kedua-duanya kemudian melarikan diri.

“Walau bagaimanapun, tindakan pantas anggota kereta peronda polis yang tiba di lokasi kejadian berjaya menangkap kedua-dua suspek yang ketika itu sedang bersembunyi dalam kereta mereka kira-kira 500 meter dari tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketika ditangkap, polis mendapati seorang daripada suspek cedera di bahagian muka dipercayai akibat bergelut dengan mangsa dan menerima dua jahitan.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kedua-dua suspek itu menyerang anggota penguat kuasa berkenaan adalah kerana tidak berpuas hati atas saman MBJB yang dikeluarkan kerana kesalahan menghalang lalu lintas,” jelasnya.

Suspek akan direman bagi siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokaibanktokyo 10-8-2022 07:38 PM
Lepas keluar lokap lusa jangan lupa bayar saman
Quote Adrif 10-8-2022 08:15 PM
adakah bila tiba di mahkamah, tiba2 ada kad oku dan dilepaskan dengan jaminan murah?
Quote miznora 10-8-2022 08:18 PM
Bayar je la saman kalau dah salah..

Ni kau pegi serang penguatkuasa buat apa. Hujung2 kau kena reman

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:15 PM GMT+8 , Processed in 0.057696 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top