CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mereputlah Sampai Ke Tua Dalam Penjara- Remaja Dihukum 70 Tahun Sebab Rogol Wanita Dan Merompak

10-8-2022 03:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3573| Komen: 1

MELAKA – Seorang remaja berdepan hukuman penjara 70 tahun selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol dan melakukan rompakan di sebuah hotel, awal bulan ini.


Tertuduh, K. P. Suren, 18, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik sahaja tiga pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa telah merogol seorang wanita Melayu berusia 34 tahun tanpa kerelaannya dan pada masa atau segera sebelum menyebabkan kecederaan kepadanya.

Foto: Kosmo

Bagi tindakan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun dan hendaklah dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.


Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii dan didakwa mengikut 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukan penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun dan hendaklah dikenakan sebat.

Tertuduh juga didakwa telah melakukan rompakan wang tunai berjumlah RM100 dan sebuah telefon bimbit milik mangsa dan semasa kejadian tertuduh dengan sengaja mencederakan wanita terbabit.

Bagi kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.

Kesemua perbuatan itu dilakukan antara pukul 1.11 pagi sehingga 1.20 pagi di sebuah hotel di Taman Paya Rumput Utama dalam daerah Melaka Tengah pada 3 Ogos lalu.- CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hayrin86 10-8-2022 04:45 PM
Terpaksa menyambut Hari Merdeka dan Hari Malaysia serta Deepavali dalam penjara jawabnya..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:03 PM GMT+8 , Processed in 0.445044 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top