CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Dia Bukan Perosak Lagu' - Floor 88 Bakal Berkolaborasi Dengan Raffa Affar

10-8-2022 02:13 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1018| Komen: 1

Bakal berkolaborasi dengan penyanyi Indonesia, Raffa Affar, Floor 88 menolak persepsi negatif segelintir warganet yang melabelkan penyanyi negara seberang itu sebagai perosak sesebuah lagu.


Jelas vokalisnya, Ayie Ilham, Raffa memiliki gaya nyanyian tersendiri dan tahap vokal yang menarik menjadikan dia pilihan terbaik untuk berkolaborasi bersama.


IG Floor 88 & Raffa

“Bagi kami Raffa bukan perosak lagu. Dia memiliki gaya nyanyian tersendiri. Kami memilih berduet dengan Raffa untuk single baharu nanti kerana yakin dengan bakat dan kemampuan nyanyiannya.

“Lagu sudah ada tetapi menunggu masa yang sesuai untuk dirakam. Bagi kami, kerjasama ini juga satu keputusan tepat untuk Floor 88 cuba menembusi pasaran muzik di Indonesia,” katanya.


Raffa sebelum ini menerima kecaman hebat netizen apabila dikatakan merosakkan lagu yang dinyanyikan semulanya seperti Buih Jadi Permaidani dan Mencari Alasan nyanyian asal kumpulan Exists dan Tiara (Kris).

Sementara itu, bercakap soal album digital, Infinity yang dilancarkan baru-baru ini, Ayie berkata, album yang memuatkan 10 lagu popular Floor 88 itu turut membariskan sebuah single baharu, Sahabat.

“Lagu itu memberi makna yang cukup besar kepada kami. Sepanjang lima tahun dalam industri, pelbagai cabaran kami lalui. Kerana itu, setiap kali saya menyanyikan lagu Sahabat, terus rasa sebak.

“Infinity adalah satu koleksi seni kami. Semua lagu-lagu dimuatkan dalam album ini menceritakan perjalanan kami,” katanya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 11-8-2022 10:52 AM
kaut je lahhhhh asal ada job ye dikkk.... yindon caprut pun kautttt je lahhhh..... rusamusic & geng2 apak harry khalifah memang jenis semua angkotttt masuk studio....termasuklah si lembam farahdivaratu berkerak lembam tu..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 11:13 AM GMT+8 , Processed in 1.030631 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top