CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Mila Jirin Mengaku Pakai Tudung Sebab Malu Rambut Rosak

10-8-2022 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2932| Komen: 9

Berita mengenai seorang artis wanita tidak lagi mengenakan tudung mendapat perhatian penyanyi dan usahawan Mila Jirin.

Meskipun tidak menyebut nama, ramai boleh menebak perkongsian Mila, 35, menerusi Instagram miliknya pada malam Selasa ditujukan kepada penyanyi Elyana.

Foto: IG

Dalam video tersebut Mila menganggap apa yang dilalui oleh penyanyi wanita itu sebagai satu ujian di mana harinya sedang ragu membuat pilihan soal penampilannya.

Mila juga memohon agar peminat tidak terus menghukum sebaliknya mendoakan yang terbaik untuk Elyana agar diberikan hidayah.



"Apabila terbaca kisah sahabat kita sedang diuji, mungkin Allah sedang bolak-balikkan hatinya. Kita yang membaca ini doakan yang baik-baik.

"Semoga Allah terus berikan dia hidayah dan bimbing ke arah kebaikan. Kita semua tidak sempurna. Tanggungjawab untuk menegur kita dah jalankan. Doakan yang baik-baik," katanya.

Dalam perkongsian sama, Mila turut berkongsi kisahnya menutup aurat yang pada awalnya niat memakai tudung disifatkan tidak betul.



Kata Mila, sekitar 2014, dia bertudung kerana mahu menutup rambutnya yang rosak namun tindakan itu telah membuka hatinya untuk kekal menutup aurat sehingga ke hari ini.

"Pada tahun 2014, rambut saya rosak teruk disebabkan kerakusan diri sendiri yang mahukan pelbagai gaya. Lepas itu terdetik untuk bertudung walaupun pada awalnya hanya untuk menutup rambut rosak.

"Syukur Allah tidak bolak-balikkan hati saya walaupun niat awalnya tidak betul. Tetapi Allah perbetulkan dan saya dapat bertudung serta menutup aurat," jelasnya.



Pada Selasa, Elyana tampil di sebuah acara tanpa mengenakan hijab sekaligus menjawab desas-desus gosip yang timbul tentang penampilannya selepas memuat naik gambar tidak bertudung di Instagram.

Bekas peserta program Gegar Vaganza musim keempat itu bagaimanapun enggan mengulas lanjut tentang keputusan berkenaan kerana bimbang disalah erti oleh sesetengah pihak dan akan mengundang cerita tidak elok.


"Selagi saya buka mulut, macam-macam cerita yang tidak masuk akal akan timbul. Sekarang ini, saya buat apa yang saya fikirkan mahu buat. Baik atau buruk, saya akan tanggung sendiri," katanya. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote reporter_kalut 10-8-2022 02:16 PM
Niat yang tak betul pada mulanya.. Akhirnya... Jgn ko bukak balik dah le kak oiii..
Quote ezacbee 10-8-2022 03:25 PM
Teringin ke nak bukak tudung balik???

Acah2 cam iya je..
Quote dudaberhias 10-8-2022 03:36 PM
alhamdulilah niat sheols di betulkan akhirnya...
apa2 pun jangan la buka tudung balik.. elok la pakai tudung gitu... cantik di sisi allah... sebab kalau nak harapkan cantik di sisi mata acik porum... ko bukak atau pakai tudung pun memang tak cantik nyah...
Quote AnnaSendin 10-8-2022 05:47 PM
Ooooo time nonie hari tuew kemain sheols rengsa. Time el nieyh berubah nada puleks yer.. Niat sheols bertudung pon tak bethol, siap ader pic terdampar dalam bath tub laksana dugong nak mengawan, lagi nak bukak citer kawan.
Quote DeLuna85 10-8-2022 08:07 PM
Apapun niat asalnya Janji dah menutup aurat
Quote Mary_jane 10-8-2022 11:04 PM
Apa kabar dah bff dia Nonie AF tu? Moga kekal istiqamah lah ye Kak Mila oi.
Quote MarissaOberlin 11-8-2022 01:37 AM
apa citer sakan berteriak pasal member bukak tudung last time?? senyap je ke membernya tu?
Quote dejure 11-8-2022 02:24 AM
Dia ni dgn si lufya ketiak lecak tu suka sibuk komen hal orang..
Quote dejure 11-8-2022 02:25 AM
Mary_jane replied at 10-8-2022 11:04 PM
Apa kabar dah bff dia Nonie AF tu? Moga kekal istiqamah lah ye Kak Mila oi.

Kat rumah sakit jiwa kot..mental problem

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2026 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.105925 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top