Selepas 54 tahun mendirikan rumah tangga, satu pasangan warga emas di India menyambut kelahiran pertama anak mereka, baru-baru ini.
Ia menerusi kaedah rawatan persenyawaan in vitro (IVF). Peristiwa menggembirakan itu berlaku di Rajasthan Alwar dengan doktor mendakwa hanya satu kes membabitkan kelahiran istimewa di negeri itu. Menerusi rawatan IVF, ramai ibu bapa di dunia yang berusia 70 tahun ke atas berjaya menimang cahaya mata. Gopichand, 75, adalah bekas tentera yang ditembak pada kakinya ketika perang Bangladesh dan menetap di kampung Nuhaniya, Jhunjhunu.
Katanya, dia amat gembira dengan kelahiran anaknya yang diberi nama Nainu Singh itu. Difahamkan, Gopichand ke pusat fertiliti menerusi saudaranya sebelum isterinya, Chandravati Devi berjaya hamil selepas tiga kali percubaan mereka mendapatkan rawatan IVF. Dr Pankaj Gupta berkata, kedua-dua anak dan ibu berada dalam keadaan baik. Katanya, bayi itu dilahirkan dengan berat 3.5 kilogram menerusi kaedah pembedahan. "Hanya beberapa kes sahaja bayi dilahirkan ibu mereka yang lebih berusia di seluruh negara ini. "Ini kes pertama di Rajasthan apabila lelaki berusia 75 tahun dan wanita 70 tahun mendapat anak," katanya. Katanya, satu undang-undang diluluskan Parlimen baru-baru ini yang berkuat kuasa mulai Jun lalu. Menurutnya, tiada pusat kemandulan IVF akan dapat memberikan rawatan kepada wanita dan lelaki berusia lebih 50 tahun. Namun, pasangan itu bernasib baik kerana wanita itu hamil sebelum undang-undang itu berkuat kuasa. Sumber: Harian Metro
|
Buritan replied at 10-8-2022 01:33 PM
Moga pjg laa umur atuk dgn opah nii.. sian baby takut nasib dia tidak terbela...
nononcrux replied at 10-8-2022 03:20 PM
pasangan sabar yg sabar pasti ada ganjaran yg baik.. mudah-mudahan sihat selalu
orkid_amani replied at 10-8-2022 03:47 PM
Uish tua sgt dah tu..knp masa muda masa sihat xberusaha nk dapatkan ank..
intan244 replied at 11-8-2022 10:21 AM
nabi Ibrahim nabi Zakaria umur lebih 90 baru dapat anak. anak2x pon semua jadi nabi lagi. rezeki, ha ...
gideoncross replied at 15-8-2022 12:23 AM
Mnakla masyarakt Mulayu plak klau bru khwin hri ni, esok dh d pksa cpat2 buat anak.
anony-mous replied at 15-8-2022 12:59 AM
Dah la jaga ank ni makin lama makin susah. Preggy rasa susah, tp nanti keluar lg penat. Umur 0-12 ...
orkid_amani replied at 15-8-2022 01:17 AM
Bagi aii yg ada masalah kesihatan ni.. pregnant umo 30 keats mmg mencabar dgn waiting time laaaamm ...
anony-mous replied at 15-8-2022 02:44 AM
I baca cerita u pon boleh rasa penat. Lg2 kalau both parent keje. Nk mntk cuti selalu, paham2 la n ...
gideoncross replied at 15-8-2022 12:23 AM
Mnakla masyarakt Mulayu plak klau bru khwin hri ni, esok dh d pksa cpat2 buat anak.
anony-mous replied at 15-8-2022 01:02 AM
I rasa ada sbb kenapa org2 tua nasihat mcm tu. Bila dah lalui sendiri baru faham. I dlu pon tanggu ...
nononcrux replied at 15-8-2022 11:32 AM
dah express dpt ank taknak plak ye tak
ADVERTISEMENT