CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Video: Budak 3 Tahun Tiba-Tiba Je Lintas Jalan! Patah Tulang Selangka Dirempuh Mpv

10-8-2022 12:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2217| Komen: 29

BACHOK – Seorang kanak-kanak lelaki patah tulang selangka kanan selepas dirempuh sebuah teksi kenderaan pelbagai guna (MPV) akibat melintas jalan secara tiba-tiba ekoran terlepas daripada pegangan tangan ahli keluarganya di Jalan Wakaf Aik di sini.


Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang itu, mangsa, Mohammad Naufal Zafran Abdul Fattah,3, turut mengalami luka pada bahagian badan dan kini dirawat Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian.

Foto: Kosmo

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, siasatan awal mendapati, sebuah teksi MPV jenis Proton Exora dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun sedang dalam perjalanan dari arah Besut menghala ke Pengkalan Chepa, Kota Bharu selepas menghantar penumpang di Jeti Kuala Besut, Terengganu.


Menurutnya, dalam masa yang sama, mangsa dipimpin oleh seorang lelaki dan berada di tepi jalan itu telah merentap tangan lelaki tersebut sebelum tiba-tiba melintas jalan. 


Loading FB Post...

“Insiden itu menyebabkan pemandu teksi MPV itu mengelak ke kanan jalan, namun tetap merempuh kanak-kanak itu sebelum bertembung dengan sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Mangsa yang mengalami patah tulang selangka kanan dan luka-luka pada bahagian badan dibawa ke HUSM untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 10-8-2022 12:53 PM
bodohnya la penjaga budak tu..
menyusahkan orang betul..
tak pasal kena saman hilang ncd lagi..
boleh tak kita saman mak bapak cuai ni?
dorang yang bodoh jaga anak, kita dapat susah..
mujur ada dashcam..
kalau tak mesti dia pusing cerita salahkan kereta..
Quote hareeeesah 10-8-2022 01:27 PM
Nasib baik ada dashcam. Yg pegang tu patut pegi la kejar dia plak pacak tgk je biar kena langgar skali
Quote mbhcsf 10-8-2022 01:31 PM
1. sapa suruh pi jalan tepi jalan yg budak di tepi bhgn jalan ?
2. awat tak dukung budak tu kalau tahu itu main road kete boleh bawa 60 - 80 km/ jam?
3. apa jadi kat myvi merah tu   yg datang dari arah y berlainan, sebab pemnadu dia mengrah kepada  myvi yg datang dari arah kiri jalan tu , direct impact
4. SILA SAMAN IBU BAPA kekanak ini.
Quote ulamalu 10-8-2022 01:34 PM
X pasal2 dua kenderaan MPV Exora dan Myvi terlibat dlm accident yg bukan salah mrk pun.  
Quote azalia72 10-8-2022 01:35 PM
mbhcsf replied at 10-8-2022 01:31 PM
1. sapa suruh pi jalan tepi jalan yg budak di tepi bhgn jalan ?
2. awat tak dukung budak tu kalau t ...

Yg no. 1 ni mmg biasa tengok.  Sel otak tak berhubung rasanya
Quote margo20 10-8-2022 01:39 PM
Haiyo nasib idup klu mati sian la kt org terlanggar tu
Quote hashashes 10-8-2022 01:56 PM
Ee tak sanggup aku nak tengok video tu
Quote yenil95 10-8-2022 02:00 PM
harap heret penjaga sekali sebab tak reti jaga anak...dan jangan beranak lagi kalau tak reti bela anak.
Quote Suchi 10-8-2022 02:12 PM
Apa punca budak tu tetiba nak melintas jln tu ye? Dia nak g mana plak tu.
Quote stingergrumpy 10-8-2022 02:32 PM
mbhcsf replied at 10-8-2022 01:31 PM
1. sapa suruh pi jalan tepi jalan yg budak di tepi bhgn jalan ?
2. awat tak dukung budak tu kalau t ...

You are driving in a rural village area(kawasan perumahan).. as a driver, what would be you utmost consideration? 60km/80km/hr an ideal speed you should engage in? Your alertness should be quadriple? NO?

Your defensive driving mode should be applied instantaneously? NO?

Nak salahkheun pedestrians jaywalkers on a road where there is no sight of pedestrian crossings?

You want to engage? Come…..
Quote lattehazelnut 10-8-2022 02:38 PM
Kalau i pusing kiri langgar bapak dia
Quote domestobot 10-8-2022 02:40 PM
kalau aku memang aku langgar je budak dengan penjaga budak tu. jenis takde sel2 otak camni bagus mampus saja.
Quote krustykrab 10-8-2022 02:46 PM
prettyuglybabe replied at 10-8-2022 12:53 PM
bodohnya la penjaga budak tu..
menyusahkan orang betul..
tak pasal kena saman hilang ncd lagi..

Kan....teksi tu dah cuba sedaya upaya elak budak tu. Dah bertembung pulak dgn kete belah sana...

Kalau mcm ni kan kete yg bertembung dgn teksi tu blh claim dgn insuran teksi tu ke tak?

Baru2 ni pun ada kes mcm ni gak kan, tp kete sempat stop. Mak budak tu duk jeling kt driver. Rasanya mcm kt sskjp jgk kan.
Quote krustykrab 10-8-2022 02:48 PM
mbhcsf replied at 10-8-2022 01:31 PM
1. sapa suruh pi jalan tepi jalan yg budak di tepi bhgn jalan ?
2. awat tak dukung budak tu kalau t ...

Ada setgh parents mmg tak layak pun ada anak. Beranak pun sb tak nk dikata mandul.
Quote tom2 10-8-2022 02:49 PM
Ni anak @stinger ke? Nape x jage betul2
Quote stingergrumpy 10-8-2022 02:49 PM
krustykrab replied at 10-8-2022 02:46 PM
Kan....teksi tu dah cuba sedaya upaya elak budak tu. Dah bertembung pulak dgn kete belah sana...

...

If you apply your defensive driving mentality throughout your journey, there should be no valid reason for you not to avoid from any collision…..

Quote stingergrumpy 10-8-2022 02:51 PM
krustykrab replied at 10-8-2022 02:48 PM
Ada setgh parents mmg tak layak pun ada anak. Beranak pun sb tak nk dikata mandul.

@Samerosie will respond to this

Kahkahkahkah
Quote prettyuglybabe 10-8-2022 02:51 PM
krustykrab replied at 10-8-2022 02:46 PM
Kan....teksi tu dah cuba sedaya upaya elak budak tu. Dah bertembung pulak dgn kete belah sana...

...

memang kena claim teksi la..
sebab teksi tu dah tukar haluan masuk jalan dia..
consider teksi tu salah masuk laluan bertentangan..

Quote JunkMail 10-8-2022 02:52 PM
Patut elak ke kiri langgar org tua tu biar mampos tak membiak dah..

Jenuh betul memandu nak kena jaga nyawa macam-macam orang ni..

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.045138 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top