|
Majlis akikah tapi dicemarkan dengan aksi yang tak senonoh. Begitulah keadaan yang berlaku dalam majlis keluarga yang dipercayai scammer Macau, Addy Kana baru-baru ini.
Dalam rakaman yang tular di TikTok, dapat dilihat isteri Addy berpakaian busana pengantin sambil memegang jambangan bunga. Addy Kana pula menolak stroller bayi mereka sebelum melakukan cukur jambul.
Apa yang menimbulkan rasa kurang senang apabila kelihatan kelibat Kak KM yang sedang sakan bergelek, goyang gerudi! Bukan itu sahaja, ada pula satu lagi video memaparkan Ifa Raziah dan anak Normah Damanhuri itu sedang rancak menari, seolah-olah lupa tentang tujuan majlis akikah yang sebenar. Sekaligus ini menimbulkan kemarahan di kalangan netizen. Rata-rata mempersoalkan perangai Ifa yang dah pergi Mekah berkali-kali tapi perangai... Malah mereka juga kecewa majlis yang sepatutnya penuh keberkatan bertukar sebaliknya. Begitu, apa pula komen anda? -CARI
|
ayukpingu replied at 10-8-2022 12:22 PM
majlis aqiqah pon tak macam majlis yg sepatut nya..
si mak tetiba bawa bunga masok hall jalan ala2 ...

pocongkiutss replied at 10-8-2022 12:46 PM
Ada link dgn Addy Kana rupanya dua2 ni
Patut la mewah semacam
AnnaMd replied at 10-8-2022 01:57 PM
apa dah jadi malaysia? takde ke yg nak halang. youngsters yg tengok, terikut2.


ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
7-2-2026 01:38 AM GMT+8 , Processed in 0.133180 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.