CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shahrol Shiro Dilantik Jadi Ahli MPK, Nak Selesaikan Isu Gangguan Gajah Liar

10-8-2022 11:12 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5408| Komen: 40

Pelawak, Shahrol Shiro yang baru sahaja dilantik sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kluang (MPK) berjanji akan menggalas tanggungjawab yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin.


Menurut Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, meskipun tanggungjawab ini agak berat, namun dia tetap akan berusaha keras bagi menjaga kebajikan orang ramai khususnya buat para penduduk di Kluang, Johor.

Foto: IG

“Barisan Ahli Majlis 2022/2023 MPK Majlis Perbandaran Kluang telah dilantik secara rasminya. Tangan kita ringan semasa mengangkat sumpah tetapi tanggungjawab dan amanah yg dipikul amat berat.

“Semoga barisan ini dapat bergerak bersama memberi manfaat penduduk Kluang.Kepada Allah kita berserah,” tulisnya.




Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh anggota kumpulan Shiro itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Memetik laporan Utusan, Shahrol memaklumkan, buat masa ini, dia mahu memberikan penekanan berkaitan gangguan gajah liar di sekitar Kluang, terutamanya melibatkan kawasan Taman Sri Impian.



“Walaupun sudah lama berlaku kejadian seperti ini, namun masih belum ada tindakan konkrit dilakukan oleh mana-mana pihak termasuk syarikat yang bertanggungjawab membina kawasan kediaman ini.

“Jika sebelum ini kumpulan gajah berkenaan hanya mengganggu tanaman yang ditanam di pinggir kawasan kediaman berkenaan, namun sejak akhir-akhir ini gajah sudah berani untuk masuk lebih dekat ke rumah penduduk.

“Apa yang dibimbangi adalah sekiranya ada provokasi daripada penduduk akan menyebabkan kumpulan gajah berkenaan marah dan mungkin boleh mengakibatkan keadaan lebih buruk termasuk kematian,” katanya seperti yang dipetik.



Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata ini turut memberitahu, dia juga bakal mendekati para penduduk agar permasalahan mereka dapat didengari dan diselesaikan secepat mungkin.

“Namun, sekiranya ditugaskan untuk kawasan kediaman lain, saya akan berusaha mendekati penduduk seterusnya mendalami setiap permasalahan dihadapi sebelum dibawa ke peringkat tertinggi di MPK untuk dibincangkan dan diatasi dengan sebaiknya,” katanya lagi.

Tugas mereka bermula 1 Ogos hingga 31 Disember 2023.



Hadir menyaksikan majlis angkat sumpah berkenaan ialah Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kluang (MPK), Norliyati Md. Nor dan Setiausaha MPK, Mohamad Yazid Baharudin.

Selepas meninggalkan industri seni tanah air, Shahrol mula berjinak-jinak dalam arena politik pada 2019 sebelum dilantik sebagai Penolong Bendahari Pergerakkan Pemuda UMNO Bahagian Kluang. -CARI

Sumber: Media Hiburan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamajawie 10-8-2022 11:21 AM
halah2 skang rata2 jadi ahli majlis daerah ni sume lantikan politik otak below par pun boleh dipilih..tak macam tahun 80an & 90an sume lantikan berdasarkan taraf pendidikan & jawatan bekerja so boleh nampak djaman now ni ramai yang dilantik bekerja hasil tak brape molek stakat sambil lewa je sebab lantikan camni la..pelawak pun boleh jadi MP..parah2
Quote ketambangkang 10-8-2022 11:21 AM
wow makin kuat la himpit onn apis
Quote minnie_mouse 10-8-2022 11:23 AM
Edited by minnie_mouse at 10-8-2022 11:28 AM

Ok la tu.. Bising2 bekap sana bekap sini.. Tikam sana tikam sini... Kena londeh semua.. Akhirnya ada la gak jawatan.. Berjaya jugak la misi dia supaya di pandang..
Quote akuHavocczz 10-8-2022 11:29 AM
Tak sia sia menjilat.
Quote hashashes 10-8-2022 11:40 AM
Halah2 aku tengok ahli majlis yang lain tu pun tak bersemangat & x selera sorry agak kepam semuanya
Quote seri_mawr 10-8-2022 11:59 AM
dah knp level2 gini boleh jadi ahli majlis...
betul la aku pernah dgr syarat nak jadi ahli poliitik jgn pandai...

sama jugak klu kerja swasta....klu ko cerdik dr atasan ko jgn harap boleh naik...memang syarat dia kena bodoh2 sikit...
Quote AshkieLa 10-8-2022 12:03 PM
tak sia-sia misi jilatan..
lepas ni sambung misi jilatan to be YB pulak laa ekk...
Quote alesandra 10-8-2022 12:05 PM
Okla tu hadiah  menjadi barua. bukan sbb merit  kewibawaan pun
Quote F685 10-8-2022 12:10 PM
Tak surprise pun.

Hai Shahrol .... Majestic Johor apa cerita ?
Quote leen_shaza 10-8-2022 12:38 PM
mamajawie replied at 10-8-2022 11:21 AM
halah2 skang rata2 jadi ahli majlis daerah ni sume lantikan politik otak below par pun boleh dipilih ...

Kannnnnnnnn
Quote shiraloveyou 10-8-2022 12:48 PM
Apa kelulusan dia?ada background perhilitan ke?patut la budak2 zaman sekarang malas nak sambung belajar masuk u sebab kalau masuk u pun, jawatan dlm gomen pun takat gred 29 gred 41 jadi kuli orang2 politik bodo...
Quote dudaberhias 10-8-2022 01:08 PM
semoga dapat laksanakan tugas dengan baik (walaupun iols dah boleh hagak ke mana)... lepastu tikam2 la belakang banyak2 kalau boleh supaya sama2 melingkup agittewww...
Quote AWEKSAMURAI 10-8-2022 02:10 PM
Tak sesia beliau ke sana sini jilat tapak kaki menteri yumno
Quote AWEKSAMURAI 10-8-2022 02:12 PM
mamajawie replied at 10-8-2022 11:21 AM
halah2 skang rata2 jadi ahli majlis daerah ni sume lantikan politik otak below par pun boleh dipilih ...

Sbb tu kerajaan 80 an 90 an berkualiti hebat sbb pekerja sume hebat2 kena ada kualiti bru boleh jd org kerajaan ...... Zaman skrg ko pegi kaunter speak english bodoh2 pun ada yg x faham gilaaaa bapak aku yg polis pencen pun speak english fluent namatey dlu nk keje kerajaan ENGLISH .. MATEMATIK...antara kena kredit tp apa nak d kata PM pun x reti English
Quote mizruncing 10-8-2022 02:14 PM
senang2 je dpt jd ahli majlis tu.. ewahhhh
Quote cmf_roll_vT 10-8-2022 02:27 PM
berapa gaji ni?
Quote Parit.Hilton 10-8-2022 02:34 PM
si cangok ni budak sekolah aku. budak kelas last
tup2 jadi ahli mejelis. hmmm je la.

apa nak buat. budak2 pandai semua dah merantau keluar dari kluang tu
tinggal la yang tak berapa cerdik je kat situ.
Quote mamajawie 10-8-2022 02:56 PM
AWEKSAMURAI replied at 10-8-2022 02:12 PM
Sbb tu kerajaan 80 an 90 an berkualiti hebat sbb pekerja sume hebat2 kena ada kualiti bru boleh jd ...

itu la psal..boleh nampak dari segi kualiti kerja..ramai la lantikan politik ni sume gigih dtang mesyuarat untuk claim elaun jahhh..tapi kerja kelaut hitam..sama la cam ktua kampung or penghulu..selagi boleh renew penggal jadi penghulu/ketua kampung selagi tu sanggup pertahankan jawatan padahal demi nak kan elaun gomen bagi plus duit komisen stiap kali ade projek kat kampung tu..hanjenggg sangat perangai..

Quote mrsbob87 10-8-2022 03:26 PM

mne ada gaji, elaun je....
ikot PBT jugaklah, ni Kluang setakat Perbandaran je... kuranglah elaun..
lainlah Majlis Bandaraya, mcm2 elaun dapat... hp+meeting, gi jenjalan eih mcm2lah...
pasal tu sanggup bercakaran sesama sendiri semata2 nak jadi Ahli Majlis ni

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2026 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.591855 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top