CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Letak Racun Dalam Makanan- Nenek Bunuh Anak Perempuan OKU Dan Tiga Cucu

10-8-2022 10:57 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1373| Komen: 8

Moscow: Seorang nenek mengaku membunuh tiga cucu dan anak perempuannya yang kurang upaya dengan meracuni makanan mereka.

Polis pada mulanya percaya keluarga di Rusia itu meninggal dunia akibat terkena racun serangga di sekitar rumah, tetapi suspek, Lidia Viktorovna Shiryaeva mengaku membunuh mereka.

Portal Mirror melaporkan, keracunan berlaku di kampung Aleksandrovka, di daerah Marksovsky di wilayah Saratov, di barat daya Rusia, pada Disember 2021.


Foto: Mirror

Pihak berkuasa berkata, pembunuhan itu berlaku berikutan keretakan hubungan peribadi secara tiba-tiba.


Lidia, 49, dilaporkan mengaku kepada Jawatankuasa Penyiasatan Persekutuan Rusia untuk wilayah Saratov.

"Saya tahu suami ada racun dalam kereta dan saya mula memasak makan malam pada 11 hari bulan.

"Saya tanya anak cucu nak makan apa, mereka mahu mi dalam susu. Dalam kuali ini saya masak sup susu, saya ambil susu dari peti ais, mi dalam almari dan saya tambah sedikit garam.

"Kemudian saya meletakkannya di sebelah sinki untuk menyejukkan mi. Apabila semua orang tidak perasan, saya keluar dan membawa bungkusan racun dan memasukkannya sebelum meletakkan di atas pinggan untuk dimakan," katanya.

Dua daripada kanak-kanak itu dinamakan sebagai Mikhail, 3, dan Margarita, 5.

Mereka meninggal dunia serta-merta dengan seorang lagi mangsa, kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang tidak disebut namanya meninggal dunia ketika dirawat di unit rawatan rapi.

Ibu tiga kanak-kanak itu yang kurang upaya berusia 23 tahun dilaporkan menghidap cerebral palsy turut meninggal dunia ketika menerima rawatan.

Bapa tiga kanak-kanak yang maut itu dinamakan sebagai pekerja kilang Alexander Shiryaev berusia 27 tahun.

Dia berkata, dia tidak percaya ibunya boleh melakukan jenayah itu.

Wanita itu dilaporkan kehilangan suaminya beberapa bulan sebelum kejadian.

Jawatankuasa Penyiasatan Persekutuan Rusia wilayah Saratov dalam satu kenyataan memaklumkan, akibat tindakan penyerang yang menyalahi undang-undang, pada 13 Disember 2021 mangsa meninggal dunia.

Dia berkata, kematian itu disebabkan oleh keracunan 'dengan bahan tidak diketahui.' 

"Bukti dikumpul dalam kes itu, penjenayah berusia 49 tahun itu menulis pengakuan. Ketika soal siasat sebagai suspek, serta memeriksa keterangan di tempat kejadian, penyerang menunjukkan dan memberitahu mengenai keadaan jenayah itu. Dia bertaubat dari perbuatannya."

Pihak berkuasa Rusia berkata, siasatan jenayah sedang dijalankan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CariMalay 10-8-2022 11:02 PM
Gila betul berita dari Rusia
Quote namr 10-8-2022 11:07 PM
mesti nenek stress kena jaga mak budak yang oku + budak2 tu..kena pulak pak budak tak tolong terus racun jah.iols begitu memahami nenek ini yah
Quote intan244 11-8-2022 09:46 AM
oku pon 16 dah beranak, pregnant 15 la kot. takutnya sampai bunuh2x family sendiri
Quote syaz_lina 11-8-2022 03:25 PM
Aku rasa nenek budak2 ni dah tak tahan ditekan. Selama ni hambakan diri anak clebral palsy, now tambah lagi jaga cucu pulak. Hilang kewarasan, bagi racun
Quote jalfa 11-8-2022 03:27 PM
Stress melampau..kesian hilang arah
Quote Suchi 11-8-2022 03:48 PM
Rasanya anak dia oku yg tak teruk sangat tidak masakan dia boleh kahwin dan beranak pinak.
CP yg boleh beranak ni mesti boleh berjalan kan?
Quote Artemesiaa 11-8-2022 06:32 PM
Block belah sana suka sangat buat jenayah cara tu dah banyak dilapurkan kes serupa sebelum ni
Quote sharlenetexas 11-8-2022 09:25 PM
Umur 23 dah anak 3.


Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:41 PM GMT+8 , Processed in 0.137632 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top