CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seminggu Kenal Dah Masuk Rumah- Kerani Trauma, Polis Cium Mulut Dan Ramas Payudara

10-8-2022 10:53 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3596| Komen: 28

Kampar: Seorang kerani mendakwa dicabul dipercayai anggota polis yang dikenali melalui laman sosial di sebuah rumah di Taman Sentosa di sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Mohamad Nazri Daud berkata, wanita berusia 23 tahun itu memberitahu menemui lelaki itu yang mengakui dirinya seorang polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar ketika berada di sebuah bengkel pada jam kira-kira 10.30 malam sebelum diminta menaiki kereta ke rumah lelaki terbabit.


Gambar Hiasan

"Berdasarkan laporan, wanita itu masuk ke dalam rumah lelaki berkenaan selama kira-kira 10 minit dan berasa tidak sedap hati sebelum meminta menghantarnya pulang.


"Secara tiba-tiba lelaki itu menghalang dan menarik wanita itu serta mencium mulut, meraba payu dara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohamad Nazri berkata, wanita itu menghalang perbuatan lelaki berkenaan dan memberi amaran akan menjerit jika diteruskan.

"Selepas itu, lelaki itu menghantar semula wanita itu ke tempat kerjanya. Takut dan trauma di atas perbuatan lelaki itu, mangsa membuat laporan polis," katanya.

Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati pengadu adalah wanita masih belum berkahwin dan berkenalan dengan satu lelaki yang baru dikenali selama kira-kira seminggu.

"Tujuan pengadu berjumpa lelaki itu di rumahnya kerana diajak untuk berjumpa anak-anak lelaki berkenaan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan untuk siasatan lanjut.

Katanya, ketika lawatan ke tempat kejadian bersama pegawai penyiasat mendapati rumah dalam keadaan gelap dan tiada penghuni dan nombor pendaftaran kereta yang dinaiki pengadu bersama suspek tidak dapat dipastikan kerana pengadu tidak ingat.

"Siasatan sedang dijalankan bagi mengesan penyewa atau pemilik rumah berkenaan dan kenyataan pengadu menyatakan suspek adalah pegawai polis IPD Kampar masih dalam siasatan bagi memastikan kesahihan dakwaan itu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote elzy 10-8-2022 10:56 AM
Mudah betul percaya dengan jejantan.. Jumpa kat bengkel pastu ikut balik rumah.. hurmmmm..
Quote epullipan 10-8-2022 10:57 AM
senang nye bawak balik..tak pikir ke?
Quote babelina 10-8-2022 10:58 AM
bahaya nye.. jgn la pcaya jmp ank ke.. mak ke.. nenek ke..
Quote tri-max 10-8-2022 11:00 AM
alasan mnta masuk umah jumpa anak ke jumpa 'adik' yg baru nak bangun tido
lahenat punya jantan
tah ye ke polis ... rasa mcm menyamar je
Quote tri-max 10-8-2022 11:01 AM
alasan mnta masuk umah jumpa anak ke jumpa 'adik' yg baru nak bangun tido
lahenat punya jantan
tah ye ke polis ... rasa mcm menyamar je
Quote supernaturalee 10-8-2022 11:11 AM
what do u expect bila agree nk folo smpi dlm rmh
ke nmpk x gede





Quote harkktuih 10-8-2022 11:15 AM
10.30 malam, jantan br kenal ajak ko ikut balik rumah..what du yu espek dekk? nk solat hajat sama2?
Quote ketambangkang 10-8-2022 11:19 AM
mesti polis pakai honda tu sampai ko rela ikut balik
Quote myakayina 10-8-2022 11:27 AM
ni namanya menyerah diri ke jantan sangap..
Quote esbok 10-8-2022 11:29 AM
Banyak sangat tengok kdrama ni
Quote AbukRokok 10-8-2022 11:30 AM
tri-max replied at 10-8-2022 11:01 AM
alasan mnta masuk umah jumpa anak ke jumpa 'adik' yg baru nak bangun tido
lahenat punya jantan
tah  ...

btol polis
ada yg xsegan silu komen kt fb nak mengandungkan ank org
family pun blh baca


Quote sranua 10-8-2022 11:32 AM
Harap jantan lahanat tu dapat ditangkap..menyamar polis, mencabul..boleh beraya dalam penjara. Utk org pempuan yg pendek akal.....cubalah munasabah diri...kot org laki geram dok tengok tegak je lagi...pakailah pakaian yg sesuai, pegi belajar silat ke kuntau ke...jangan santau sudah..mati masuk neraka nakkk.
Quote Suchi 10-8-2022 11:37 AM
Syukurlah ko tak kalah dan tak sampai ke step seterusnya.
Maybe sbb ko baru je kenal seminggu kalau dah berbulan maybe ko kalah juga dek gelora nafsu setelah dipujuk rayu.
Jaga la diri baik2, semoga bertemu lelaki yg baik yg takde nak sentuh2 pompuan kalau dia serius nak menikah terus je masuk meminang.
Takyah la nak sentuh2 or ajak kuar memalam buta tanpa peneman.
Quote AshkieLa 10-8-2022 11:38 AM
- baru kenal seminggu kat socmed.
- Jumpa kat bengkel memalam.
- ajak balik rumah konon jumpa anak..

dah 10minit dalam rumah tu baru nak rasa something wrong somewhere? duhhhh
sengal nya laa pompuan....
Quote edayildiz 10-8-2022 11:44 AM
Edited by edayildiz at 10-8-2022 11:45 AM

kelakar..dia bebal ke apa ikut zantan br knl smgu..knl kt medsoc pulakk..
kwn ofis yg huha huha sama ni pun tak berani la i nk berdua wpn i borak2 gurau kt ofis..dorg pun kalau dtg ofis kitorg suka pusing2 kerusi i mcm konon bergurau bodohidok la nk berjmpa kt luar..never percaya seorang zantan..tambah2 yg rupa xsemenggah mcm stingerr..
cth jer..jgn mara sting
Quote prettyuglybabe 10-8-2022 11:46 AM
bukan nak salahkan mangsa..
tapi umur dah 23 kot..
takkan la tak boleh fikir..
kenal baru seminggu dah setuju nak ikut balik rumah..
tak kira la alasan apa..
desperate sangat nak berlaki ke..
Quote aechae 10-8-2022 11:47 AM
Nk ngedate bru2 kenal pn pegi jelah shopping mall, blk sblum mgrib xkn tu pn nk kena ajar
Quote ifanonline 10-8-2022 11:49 AM
tred dah di buka, loser...

https://b.cari.com.my/forum.php? ... &extra=page%3D2
Quote syamzana 10-8-2022 12:12 PM
celaka punya jantan, sangap dimana-mana. payah tui nak jaga adik tu kan.
yg pompuan plak pasaipe la berani sgt, percaya la ke jantan baru kenal tu. kenal bertahun pun blh merogol kwn sendiri, ini kan plak semgu.

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.319101 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top