WASHINGTON – Sebuah pasukan penyelidik antarabangsa mendapati mengehadkan waktu makan antara pukul 7 pagi hingga 3 petang mampu menurunkan berat badan dan tekanan darah manusia, lapor akhbar New York Post.
Ujian klinikal yang dilakukan secara rawak ke atas 90 orang dewasa obes di Amerika Syarikat (AS) mendapati mereka yang makan dalam tempoh waktu tersebut turun kira-kira 2.3 kilogram (kg) berbanding kumpulan yang makan dalam tempoh lebih 12 jam. Tekanan darah peserta kajian juga turun selama 14 minggu. “Pemakanan terhad awal waktu (ETRE) mungkin merupakan rawatan yang berkesan untuk obesiti dan hipertensi.
“Ia juga baik untuk emosi kerana mengurangkan keletihan dan kemurungan. Mereka yang boleh bertahan mengamalkan ETRE kehilangan lebih banyak lemak dalam badan,” kata penulis kajian. Kajian itu dijalankan pada Ogos 2018 hingga April 2020. Peserta kajian adalah orang dewasa obes berusia 25 hingga 75 tahun yang menerima rawatan penurunan berat badan. -CARI Sumber: Kosmo
|
Suchi replied at 10-8-2022 11:47 AM
Iols makan dr jam 9-5 ptg je ikut waktu keje normal
Tak de shift malam utk makan kecuali bila puas ...
Suchi replied at 10-8-2022 11:47 AM
Iols makan dr jam 9-5 ptg je ikut waktu keje normal
Tak de shift malam utk makan kecuali bila puas ...
ifanonline replied at 10-8-2022 04:11 AM
tak betul, not about the time, but about the amount...
tapi ada kajian menyatakan kalau kerap berji ...
Suchi replied at 10-8-2022 12:55 PM
Berat sekitar 51-52 kg camtu. Iols amalkan dah lama sejak 10 tahun lalu masa tu mmg nak turunkan ...
Suchi replied at 10-8-2022 12:55 PM
Berat sekitar 51-52 kg camtu. Iols amalkan dah lama sejak 10 tahun lalu masa tu mmg nak turunkan ...
ADVERTISEMENT