|
Penyanyi, Nora Ariffin kagum dengan persembahan bertenaga yang ditunjukkan dua rakan selebriti, Datuk Aishah dan Ziana Zain yang masing-masing baru sahaja mengadakan konsert istimewa pada Sabtu lalu.
Menurut Nora, kualiti nyanyian ditunjukkan kedua-dua penyanyi hebat tanah air ini langsung tidak menampakkan sebarang tanda penurunan meskipun usia mereka kini sudah menjangkau lebih 50 tahun. Rasa gembira itu dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menerusi entri terkini di laman Instagram. Katanya lagi, apa yang dilakukan oleh kedua-dua penyanyi ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dicapai kerana ia memerlukan komitmen yang sangat tinggi.
Lantaran itu, Nora mendedahkan dia mahu mengikut jejak langkah penyanyi-penyanyi tersebut untuk terus memberikan persembahan yang terbaik dan tidak menjadikan faktor usia sebagai penghalang. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut menyatakan pandangan yang sama selain turut menyifatkan Nora juga mempunyai kualiti nyayian yang tidak kurang hebatnya juga. Terdahulu, Datuk Aishah baru sahaja selesai mengadakan konsert yang diiringi orkestra di Dewan Filharmonik Petronas (DFP). Manakala, kehebatakan vokal Ziana pula nyata telah memukau para penonton yang hadir bagi menonton konser gabungan bersama adiknya, Anuar Zain. Sumber: Media Hiburan
|
Incanto replied at 9-8-2022 11:48 PM
laaa…selama ni aku ingat nek Nora dah 50 an juga


KucingBiru replied at 10-8-2022 08:52 AM
Banyak ke lagu hits sheolls nak samakan dengan legend Aishah dan Ziana?
Iols tau Di persimpangan D ...



diam2 sudah, nanti orang korek pasal perkahwinan engko, merempan pulak
sora acik nowa nie biasa2 je, so dont perasan okeh
ardy replied at 10-8-2022 10:28 AM
Tak baik ckp gitu. Banyak je lagu dia : Sandiwara, Dendam Dalam Diam, Hanya Satu, Naluri, Renungan ...
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
8-2-2026 07:24 PM GMT+8 , Processed in 0.691648 second(s), 48 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.