CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Misteri Keranda 'Menari' Di Makam Lama

9-8-2022 09:41 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1509| Komen: 3

Sebuah makam terbiar di pulau Barbados menjadi lokasi tumpuan bagi aktiviti paranormal selepas terdapat beberapa aduan yang menyatakan penampakan keranda 'menari'.


Fenomena yang sukar untuk dijelaskan itu membuatkan tanah perkuburan Christ Church Parish dengan struktur sedalam 12 kaki dan lebar enam kaki dibina pada 1724, lebih menyeramkan.


Getty Image

Daily Star melaporkan, ianya hanya boleh diakses dengan satu tangga menuju ke makam yang tertutup.

Difahamkan, Chase Vault dibina oleh James Elliot yang dikatakan telah berehat di sana bersama isterinya sejak akhir abad ke-18.


Terdahulu, isu keranda 'menari' heboh selepas beberapa individu yang ingin menguburkan mayat baru melihat kejadian pelik itu berlaku.

Beberapa insiden sejak ratusan tahun lalu telah mengakibatkan gangguan berkenaan, dengan satu kejadian pada tahun 1816 semasa mengebumikan Samuel Brewster Ames yang berusia 11 bulan.


Getty Image

Ketika itu, kelihatan keranda berada dalam keadaan kucar-kacir.

Kejadian tersebut diperhatikan gabenor Barbados pada masa itu, Sir Stapelton Cotton, yang meninggalkan lapisan pasir nipis di dalam kubur untuk memeriksa tiada sesiapa yang masuk. 


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dani-rox 9-8-2022 10:09 PM
takdalah misteri sgt.
makam tu katanya dibina atas tanah kapur batu karang, so agak poros. bila hujan atau air pasang, makam tuh dinaiki air hingga keranda2 di dalam tunggang terbalik. bila para pengunjung datang, air banjir dah lama surut melalui laluan yg sama ia masuk.



Quote ChildrenOfBodom 9-8-2022 10:19 PM
Coffin dance in real life?
Quote imransulaiman 9-8-2022 10:47 PM
Ni mesti kerja 4 orang budak hitam usung keranda tu

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:57 PM GMT+8 , Processed in 0.057626 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top