|
"Saya mohon maaf sekiranya pemakaian saya melukakan hati mana-mana pihak." Demikian kata penyanyi dangdut, Amelina mengulas komen serta mesej berbaur kecaman daripada netizen mengenai pakaian yang dipakainya ketika membuat persembahan di satu acara bertempat di Kuantan, Pahang, pada Sabtu lalu.
Amelina ketika dihubungi berkata, dia tidak menjangka pakaian itu dianggap mencolok mata oleh sesetengah pihak sedangkan dia sendiri berasakan bahawa ia adalah pakaian yang sesuai dengan acara dan genre lagunya. "Saya mohon maaf kepada peminat dan kepada mereka yang mengecam. Baju yang saya pakai itu sebenarnya labuh, ditambah pula, saya kenakan dengan kasut but. Tapi, mungkin sewaktu saya bergerak dan berjoget, ada bahagian yang nampak terdedah.
"Saya juga agak 'bloated' (kembung perut) kerana dalam seminggu ini, badan saya tak berapa sihat. Jadi, mungkin disebabkan itu ada bahagian yang nampak menonjol.
|

imransulaiman replied at 9-8-2022 06:05 PM
Haiza tu boleh je berdangdut ala sopan.. Kenapa dia tak boleh? Dia ni sama dengan Ani Mayuni..



shahirakay replied at 10-8-2022 08:28 AM
jelas terlihat bayang korset kak long
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
9-2-2026 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.082641 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.