CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Remaja 14 Tahun Dirogol Banyak Kali Oleh Bapa Angkat

9-8-2022 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2062| Komen: 7

Seorang remaja perempuan melalui detik hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa pemuas nafsu bapa angkat beberapa kali sejak awal tahun ini.

Difahamkan, mangsa yang berusia 14 tahun itu tampil berkongsi derita yang dilalui kepada guru sekolahnya memaklumkan dia sering dirogol bapa angkatnya.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, susulan itu, guru terbabit tampil membuat satu laporan mengenai kejadian itu.

Gambar Hiasan

Jelasnya, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada pukul 3 pagi, 31 Julai lalu di sebuah kediaman keluarga angkatnya di Kluang.


“Memang kita ada terima laporan berhubung kejadian rogol ini, polis masih mengesan bapa angkat warga asing yang dipercayai telah melarikan diri.

“Selepas terima laporan itu, mangsa dibawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan dan mendapati pihak hospital mengesahkan terdapat kesan baharu dan lama pada alat kelamin mangsa,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Pertandingan Menembak Polis Johor bersama Media Johor sempena Hari Polis di Lapang sasar, Ladang REM di sini.

Kamarul Zaman berkata, suspek yang berusia 30-an itu dipercayai masih di Johor dan polis menubuhkan pasukan khas untuk menjejaki kedudukan lelaki terbabit.

Jelasnya, suspek bernikah dengan wanita tempatan yang juga ibu angkat mangsa namun tidak mendaftarkan perkahwinan mereka.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote 3chanceno 9-8-2022 05:06 PM
Kesiannya mangsa  apa jadi dengan mak bapak kandung mangsa nie?  Semuga suspek dapat ditangkap & dikembirikan!
Quote lattehazelnut 9-8-2022 05:23 PM
Mak angkat warga tempatan ke..
Kahwin dgn warga asing tp xdaftar
Boleh ada anak angkat.. i guess anak indon sbb indon je suke sepah2 anak merata..
Quote Artemesiaa 9-8-2022 06:10 PM
Kes sama terus berulang tak bapak angkat atau bapak tiri
Quote imransulaiman 9-8-2022 06:23 PM
Artemesiaa: Kes sama terus berulang tak ba ...


Bapa kandung pun ada juga
Quote zamnie 9-8-2022 06:32 PM
Mmg bab1 betul bapak angkat... Perogol2 ni hrp mati cepat xde keje lain merogol jek dlm pala hotak dia
Quote elzy 10-8-2022 11:33 AM
Anak perempuan tak boleh tinggal sekali dengan mak kalau ada bapa tak guna.. Bila2 saja boleh jadi mangsa.. Paling hanat mak tak dapat hidu perbuatan si sial tu.. dah kenapa? Laki kau kot, takkan tak tahu nafsu dia camne...   
Quote Decaffeinated 10-8-2022 06:09 PM
pihak hospital mengesahkan terdapat kesan baharu dan lama

kesan apa?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:39 PM GMT+8 , Processed in 0.047200 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top