CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Dasar Mentaliti Sampah, Orang Bodoh Je Main Cop Parking,"-Pemandu Viva Plat D Dimaki

9-8-2022 04:32 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4207| Komen: 51

Meskipun Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan undang-undang berkaitan ‘cop parking’, namun masih ramai yang tegar melakukannya terutama di pusat beli-belah tumpuan ramai.


Terbaharu, gelagat seorang wanita berbaju hitam berdiri menunggu di petak parkir kosong di sebuah pusat beli-belah di Kuala Lumpur dirakam dan dikongsikan di TikTok.

Menerusi video berkenaan, kedengaran wanita yang merakam insiden itu merungut kerana hampa dengan situasi yang terjadi.

Foto: Twitter

“Kejadian cop parking kat mall. Orang penat pusing cari parking, dia boleh main cop... tolong viralkan ya,” tulisnya di kapsyen video berdurasi 23 saat itu.


Menyifatkan tindakan tersebut sebagai kurang ajar, pengunjung tersebut juga menyatakan dia sudah berada di parkir kosong berkenaan terlebih dahulu namun dihalang untuk memasukinya.

Beberapa ketika selepas itu, kelihatan sebuah kereta jenis Perodua Viva berwarna hitam memasuki ruangan parkir berkenaan.

Bukan hanya tidak rasa bersalah kerana berkelakuan seperti itu, malah dia turut meletakkan kenderaan dalam keadaan senget.



Bagaimanapun video pertama yang dimuat naik di akaun TikTok milik Norafidah Azman dipadam kerana dikatakan berunsur buli sebelum menjadi tular di beberapa platform media sosial yang lain termasuk Twitter.

Menerusi perkongsian di ruangan Twitter, sekumpulan warganet mengaitkan tindakan wanita yang menanda parkir tersebut dengan tingkah laku orang tidak bertimbang rasa.

“Perangai orang tak guna otak macam ni la. Dah terbiasa sangat cop parking dekat pasar malam!

“Dasar mentaliti sampah, orang bodoh je main cop parking,” luah beberapa netizen.

Dalam pada itu, ada juga netizen mencadangkan orang ramai yang berdepan situasi sama agar bersikap tegas dan terus memasuki ruangan parkir kosong tanpa menghiraukan mana-mana individu yang cuba menghalang.

“Patut masuk, tunjuk akta kesalahan cop parking.

“Pernah sekali dekat R&R pakcik tu suka hati nak cop parking padahal saya dah bagi signal dulu sebelum dia terkedek-kedek sampai dekat kotak parking. Kisahnya saya terus melulu masuk parking makanya dia pun terpaksalah mengelakkan diri kalau taknak kena langgar.

“Lain kali kalau nampak orang berdiri dekat parkir, redah je! Lepas tu ambil gambar dia, anything terjadi pada kereta dia adalah suspek.

“Blok saja parking spot yang kawan dia berdiri tu. Biar kawan dia tak dapat parkir, kemudian lepak dalam kereta,” ujar beberapa netizen.

Terus menyusuri ruangan komen, kebanyakannya mengaitkan tindakan tersebut dengan isu kenegerian berikutan nombor plat kereta Viva tersebut bermula dengan huruf ‘D’.

Malah ciapan ringkas seorang pelayar Twitter yang mengongsikan video terbabit dengan perkataan ‘kelllll’ juga dilihat seolah-olah berkaitan kenegerian kerana ditafsirkan sebagai ringkasan kepada Kelantan.

Namun individu yang berkongsi video berkenaan meminta orang ramai agar tidak menghukung rakyat negeri Kelantan yang mencari rezeki di Kuala Lumpur.

"Bukan salah nombor plat tapi pemilik kereta tu," katanya membalas komen netizen.

Untuk rekod, budaya cop parking ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Individu yang sengaja cop parking boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 9-8-2022 05:08 PM
semoga ada ustaz/ustazah yang boleh tularkan isu cop parking ni beserta hukum2 solid dan akta denda pelbagai terutamanya untuk ummah pprt di flat2 yang suka main cop2 parking last week meols ada tengok isu ni dibangkitkan kat 999
Quote Artemesiaa 9-8-2022 06:15 PM
Tengok cara berpakaian pun dah boleh tahu asal mana.  Hasil yang dituai bila pelajaran sivik dah tak diajar lagi disekolah.
Quote alieyrina 9-8-2022 06:27 PM
Aiyo mai dari hutan mana masuk pekan duk cop2 paking nih

Quote lo_la 9-8-2022 06:54 PM
Orang kata, baca doa makan kalau nak cari parking
Quote Kitty_catz 9-8-2022 07:02 PM
D - serombi mekah ketewwwww???
Quote Carcosa 9-8-2022 08:22 PM
Kaka @tumpanglalu Nak flag please
Quote tikusmontok 9-8-2022 08:42 PM
alieyrina replied at 9-8-2022 06:27 PM
Aiyo mai dari hutan mana masuk pekan duk cop2 paking nih

Sakai budu
Quote Firenzza 9-8-2022 08:47 PM
TMB sskjp lega....mujur cop2 parking kt luar kelate
Quote ~boolean 9-8-2022 08:49 PM
Tahniah melayu! Dah setaraf cina bukit main cop parking..selalunya pe'el tak semenggah cop parking cina aja yang buat
Quote ninja boy 9-8-2022 08:53 PM
Sama juga supermarket beratur timbang atau bayar boleh kau masih jalan2 ambil barang lain 10 ketul
Quote sarahmirza 9-8-2022 09:13 PM
D for dungu...
Hahahaha
Quote Perawankota 10-8-2022 04:18 AM
lo_la: Orang kata, baca doa makan kal ...
aku pon baca doa makan klu nak carik parking
Quote mikasa 10-8-2022 08:18 AM
Report kat jpj skali pasal tinted gelap tu...biar masa dia kena buang terpaksa gi jpj.buang duit sebb kena ganti tinted
Quote venom1 10-8-2022 08:22 AM
semalam kereta plet D selamba buang sampah dari dalam kereta kat tepi jalan sambil tunggu anak balik sekolah.
Quote bottombikini 10-8-2022 08:22 AM
anak beranak perodua
nak expect apeee
Quote bulalof 10-8-2022 08:53 AM
org camni jgn bg lesen sebab mentally unstable utk memandu.
Quote mayaHD 10-8-2022 09:09 AM
lo_la replied at 9-8-2022 06:54 PM
Orang kata, baca doa makan kalau nak cari parking

mmber aku yg bawak kete terhegeh2 mcm ni la, asal nk park baca doa makan, semedang jumpak parking dekat pintu masuk hihihi

Quote me12345 10-8-2022 09:11 AM
Ni pun nk viral...tiktokers marhaen..
Quote TalibanRock 10-8-2022 09:20 AM

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 06:58 PM GMT+8 , Processed in 0.151175 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top