CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Alphard Dikecam Guna Siren Elak Kesesakan, Apa Kes?

9-8-2022 04:24 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3347| Komen: 35

Tular di media sosial rakaman memaparkan tindakan pemandu sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Alphard membunyikan siren bagi mendapatkan laluan ketika sedang berlaku kesesakan di jalan raya.


Video tersebut dikongsikan oleh portal Malaysia Most Viral di Twitter pagi tadi dan lokasi kejadian masih tidak dapat dipastikan.

Foto: Twitter

Apa yang menimbulkan kemarahan orang ramai adalah tindakan pemandu tersebut telah menyusahkan pengguna jalan raya lain dan menjadi persoalan juga apabila kenderaan terbabit turut memasang lampu strob berwarna biru secara berterusan ketika ingin mendapatkan laluan.

Selain itu, menjadi tanda tanya dalam kalangan pengguna media sosial, sekiranya kenderaan terbabit milik Polis Diraja Malaysia (PDRM), tidak kelihatan sebarang logo atau tanda bagi mengesahkan perkara itu.



Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai mendakwa ia adalah kenderaan milik orang kenamaan (VIP) kerana golongan tersebut sering menunjukkan ‘lagak’ ketika berada di jalan raya.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 9-8-2022 04:34 PM
celaka nau dia aje penting
Quote becir 9-8-2022 04:37 PM
Alphard starex sewaktu dgnnya dah sama level ngan myvi, driver pprt makan duit cuci2
Quote kemaruk 9-8-2022 05:33 PM

takut memang benar2 unmarked police car je

selalunya pentipu akan guna lampu strobe biru je

ini siap siren dan konfiden je potong jalan..

jangkaan bangkem memang polis
Quote lattehazelnut 9-8-2022 05:35 PM
Yg dia pun ikut kat belakang memotong
Quote white_musk 9-8-2022 05:37 PM
Apa nombor pendaftarannya?
Quote edoraixora 9-8-2022 05:52 PM
empunya video pun sama hauk lah jugak....ikut belakang kereta tu

Quote Thunderclouds 9-8-2022 05:56 PM
Lek la. Celah gigi je pon kalo kne saman.
Quote white_musk 9-8-2022 05:58 PM
Nerakazen hanya berani dengan elyana tetapi tidak berana dengan driver lepat..

kerana akak lihat tiada kacaman dibuat pada driver lepat
Quote kemaruk 9-8-2022 05:59 PM
polis bila menyamar memang korang tak tau dia sebenarnya polis

ada dalam tiktok, sorang tiktokers ni jumpa member dia jual burger kat kampung mana ntah

kampung random je, kebetulan je dorang terjumpa kat situ

tukang jual burger tu sebenarnya polis tapi menyamar sebab nak siasat kes dadah kat kawasan kampung tu

tapi tiktokers ni pulak bikin kantoi dan bongkar penyamaran tu kat tiktok

tak tahu la sekarang abam polis tu masih niaga burger lagi tak lepas dah kantoi
Quote white_musk 9-8-2022 06:10 PM
kemaruk replied at 9-8-2022 05:59 PM
polis bila menyamar memang korang tak tau dia sebenarnya polis

ada dalam tiktok, sorang tiktokers n ...

Kalau dalam drama, bang polis tu akan jatuh hati pada parampuan kampung yang balik dari kerja kilang naik basikal
Quote DeLuna85 9-8-2022 06:21 PM
kemaruk replied at 9-8-2022 05:59 PM
polis bila menyamar memang korang tak tau dia sebenarnya polis

ada dalam tiktok, sorang tiktokers n ...

Budak TikTok kan. Dah kacau kerja polis.
Quote kemaruk 9-8-2022 06:25 PM
white_musk replied at 9-8-2022 06:10 PM
Kalau dalam drama, bang polis tu akan jatuh hati pada parampuan kampung yang balik dari kerja kila ...

mereka pon bercouplean sehingga satu hari pompuan tu ajak polis tu jumpa family belah pompuan


ujung2 polis tu dapat tau orang yang dia siasat sebenarnya ayah perempuan tu


polis tu dalam buah delima sama ada pilih cinta atau tugas
Quote kemaruk 9-8-2022 06:26 PM
DeLuna85 replied at 9-8-2022 06:21 PM
Budak TikTok kan. Dah kacau kerja polis.

ye dalam komen pon ramai kecam tiktokers tu sebab dedah risikan

video tu pon dah kena delete agaknya
Quote ultra78 9-8-2022 06:28 PM
yang ikut belakang tu pun 5xbabi jugak...
Quote hareeeesah 9-8-2022 09:47 PM
Rasanya yg record ni naik motor je, mmg standard motor lalu between kereta la kan
Quote esbok 9-8-2022 09:55 PM
kemaruk replied at 9-8-2022 05:59 PM
polis bila menyamar memang korang tak tau dia sebenarnya polis

ada dalam tiktok, sorang tiktokers n ...

penah juga la jumpa , kalau jumpa luar tak terpikir pun dia kerja polis, ingat kerja runner ke office boy ka
Quote fefeeling 9-8-2022 10:04 PM
Just nk share cite pagi td aku nak gi keje lalu satu expressway ni.. jln tak jem sgt dr area umah aku so aku pecut jelah lane kanan follow blkg 4x4 yg pun pecut gak.. tibah dtg satu alza blkg aku cucuk2 siap high beam, memang hanat.. aku kira nak rapat dah dgn 4x4 dpn aku tu tp aku taknak la cucuk dia nanti batu terbang jahanam windscreen aku.. aku agak2 je bg tight lane kanan tu, pastu cepat2 aku tukar lane tengah nak bagi hanat alza tu lepas nak laju sgt ko kan.. pastu bila masuk exit nak ke town centre bammm traffic jem beratur kahkahkah memang aku pegi sebelah kete dia, aku pandang sambil gelak2 kan dia.. padan muka kau bodoh nak laju2 sgt td kan.. ujung2 bumper to bumper jua
Quote krustykrab 9-8-2022 10:05 PM
white_musk replied at 9-8-2022 06:10 PM
Kalau dalam drama, bang polis tu akan jatuh hati pada parampuan kampung yang balik dari kerja kila ...

Muka kena la lawa persis intan najwa ...
Quote Firenzza 10-8-2022 07:55 AM
krustykrab replied at 9-8-2022 10:05 PM
Muka kena la lawa persis intan najwa ...

Pastu mak abam pulis x setuju menantu intan najwa sbb keja kilang, rupanya mak pulis menyamar tu isteri tan sri yg ada 10 kedai used car semua jual alfart sekon hend

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:04 PM GMT+8 , Processed in 0.089694 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top