CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Menteri Kata Kenaikan OPR Tak Membebankan B40

9-8-2022 12:43 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3600| Komen: 39

KUALA LUMPUR – Kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) secara beransur-ansur tidak akan memberi kesan yang ketara kepada golongan B40.


Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd. Shahar Abdullah berkata, ini kerana satu pertiga pinjaman oleh golongan B40 adalah pada kadar tetap iaitu kebanyakannya bagi pinjaman pembelian kenderaan dan pembiayaan peribadi.


Gambar Hiasan, Foto: Kosmo

“Kerajaan menerusi BNM menekankan pelbagai program bantuan masih tersedia untuk golongan peminjam mudah terjejas termasuk kemudahan di bawah Dana BNM untuk perusahaan kecil dan sederhana, bantuan bayaran balik pinjaman secara bersasar oleh bank serta khidmat nasihat di bawah pelbagai program Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK).


”BNM menekankan bahawa sebarang keputusan untuk melaraskan dasar monetari pada masa hadapan akan dilaksanakan secara terkawal dan beransur-ansur supaya tidak menjejaskan momentum pemulihan ekonomi Malaysia,” katanya di Dewan Negara, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Senator Aziz Ariffin yang ingin tahu adakah terdapat sebarang kajian lapangan yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terhadap tahap kesiapsiagaan rakyat dengan penetapan kadar OPR yang jelas akan membebankan rakyat secara langsung apabila  dinaikkan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote green~tea 9-8-2022 01:00 PM
Eh bukan ke dah 3X opr naik... ada lagi ke kenaikan?

Another one, i tahu semua barang yg import, beli online even bawah rm500 pun kena tax dah pasni starting January...

Habis laa sapa bisnes import barang cina.. hatta beli barang2 kecik dari shopee lazada pun, habis kena taram cukai...
Quote monreyes 9-8-2022 01:49 PM
knp x biorkan aje same instalment with higher interest..pembayaran pokok jadi kurang..tempoh bertambah..dpd pening2 hadap komplen...dah tau rakyat x suka instalment naik
Quote rosedemon 9-8-2022 02:17 PM
carut carut carut
Quote glump 9-8-2022 02:34 PM
Nanti ada yg bunyi..OPR Malaysia masih rendah..negara lain lagi tinggi ...emm memang nak Naik lagi opr tu
Quote KamikuP 9-8-2022 02:55 PM
Apa beza OPR dan BLR? Ada sesapa bole tolong explain? TQ
Quote rikiruj 9-8-2022 02:59 PM
Dia M40 rumah selera T20 atau T20 hutang keliling pinggang lah yang paling terasa.
Quote Artemesiaa 9-8-2022 03:01 PM
Bila ada yang kata OPR bakal naik lagi ada yang kata nak buat lawak ke sekali benar2 kejadian
Quote chandrahusin 9-8-2022 03:12 PM
Kenapa tiap laporan kena bgtau utk kasta mana?
Quote Kak-Rohana 9-8-2022 03:16 PM
KamikuP replied at 9-8-2022 02:55 PM
Apa beza OPR dan BLR? Ada sesapa bole tolong explain? TQ

OPR by Bank Negara Msia/central bank.
BLR by financial institutions.

That means the recent changes by BNM’s OPR may have an effect on interest rates charged on variable home loans etc! OPR rates change is because of various economic factors gitchew!

Quote KamikuP 9-8-2022 03:25 PM
Kak-Rohana replied at 9-8-2022 07:16 AM
OPR by Bank Negara Msia/central bank.
BLR by financial institutions.

TQ kak Ana yg vogue,
Kalau ada contoh pengiraan lagi cantik kaka TQ
Quote Decaffeinated 9-8-2022 03:26 PM
chandrahusin replied at 9-8-2022 03:12 PM
Kenapa tiap laporan kena bgtau utk kasta mana?

class politics


Quote nanasno 9-8-2022 03:32 PM
b40 mmg tak terkesan. ko tak terpk ke yang m40 terkesan dah macam takat hidung dah ni tak lama lagi jadi b40.dah la belanjawan m40 paling tak dpt benefit apa2 .tax bayo tetiap bulan.
Quote chandrahusin 9-8-2022 03:53 PM
Decaffeinated replied at 9-8-2022 03:26 PM
class politics

Itu lah dia
Sepatutnya pengkelasan T20 M40 & M40 untuk memudahkan pentadbiran ekonomi mengikut kelas
Bukan mengkastakan rakyat
Bukan untuk dipolitikkan
Quote venom1 9-8-2022 04:25 PM
green~tea replied at 9-8-2022 01:00 PM
Eh bukan ke dah 3X opr naik... ada lagi ke kenaikan?

Another one, i tahu semua barang yg import, b ...

Low Value Goods Tax - 10% start 1 Januari 2023
Quote green~tea 9-8-2022 05:06 PM
chandrahusin replied at 9-8-2022 03:53 PM
Itu lah dia
Sepatutnya pengkelasan T20 M40 & M40 untuk memudahkan pentadbiran ekonomi mengikut kel ...

kasta t20 b40 m40 tu sebetulnya utk LHDN je rujuk.. ini dah diguna utk menghina orang... huhuhuhu

tp b40 bandar pun kena bayar tax tinggi kan.. below 15k gaji is b40 bandar
Quote green~tea 9-8-2022 05:08 PM
venom1 replied at 9-8-2022 04:25 PM
Low Value Goods Tax - 10% start 1 Januari 2023

macam2 lah hai... selagi takde gst.. selagi tu laa benda2 merepek ni ada
Quote anony-mous 9-8-2022 05:25 PM
Ye betul sbb b40 x rmai mampu beli rumah tp otak2 menteri xboleh ke bijak n fikir jauh sikit??? B40 yg menyewa rumah m40 n t20, mesti la ada kenaikan kadar sewaan!!! So semua pon affected. Bengap. Pegi bunuh diri je beramai2 menteri2 bodoh ni
Quote kemaruk 9-8-2022 05:37 PM
diluah mati emak ditelan mati bapak, dikemam mati diri sendiri

kalau tak naikkan OPR, ringgit akan jatuh berbanding USD

ini kerana amareka pon naikkan OPR (versi mereka) jugak untuk mengatasi inflasi di sana

jadi acik2 tanya diri sendiri, nak ringgit jatuh, atau nak bayar loan lebih?

yang pasti BNM dah kaji impak kenaikkan OPR seminimum mungkin untuk elak beban kepada B40
Quote tripleid 9-8-2022 06:26 PM
Edited by tripleid at 9-8-2022 06:29 PM

Menteri2 Msia kan cerdik belaka...menurun drpd Boosku leteww..

IMG_20220806_145407.jpg

IMG_20220712_030829_1.jpg
IMG_20220712_030947.jpg IMG_20220712_030815_1.jpg IMG_20220712_030843_1.jpg


Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 05:10 AM GMT+8 , Processed in 0.059172 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top