Chef Wan berkongsi sebuah gambar yang memaparkan papan iklan dirinya mempromosi sebuah pusat membeli-belah.
Gambar tersebut dikongsikan oleh rakannta sendiri, dan dipercayai iklan tersebut terletak di Jonker Street, Melaka. Yang menjadi isu dan perhatian Chef Wan adalah perkataan yang dipampangkan di dalam iklan tersebut, membuatkan dia berasa malu dan menganggap ayat tersebut seperti agak keterlaluan serta tidak perlu dicanang sebegitu. “Terus-terang cakap, saya tidak suka dengan perkataan nombor 1 negara. Kenapa lah PR semua letak ayat macam tu ia hanya memalukan saya.
Lebih dari 30 tahun dalam industri ini, macam juga orang sibuk tanya kenapa tak guna Datuk dan Doktrate depan itu pun kerap berlaku.
Pada saya dah dapat sudah lah.. Tak perlu nak canang berlebih-lebihan sangat. Mereka semua dah tahu. Kalau mereka tak tahu pun, ianya tak penting pun bagi saya,” tulisnya. Dalam pada itu, Chef Wan mengatakan dalam coretanya bahawa untuk iklan akan datang pihak yang terlibat perlu merujuk kepadanya terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang iklan.
“Akan datang nak keluarkan iklan seperti ini mesti rujuk kepada saya untuk kebenaran. Saya bukan nombor 1 tetapi saya hanya Chef Wan.” Melihat dalam entri terakhir yang ditulis Chef Wan, dia beranggapan gambar dirinya dan restoran sudah memadai dalam sesebuah iklan. Melihat hantaran yang dikongsikan cef terkenal ini, rata-rata ramai yang meluahkan rasa kagum dan menyanjungi sikap merendah diri Chef Wan.
“Sebab tu saya memang hormat dengan Datuk Chef Wan. Datuk sangat merendah diri. Orang yang hebat tidak perlu hebah semua ini.” “Bagi kami, Datuk adalah cef legenda. Suka Datuk sejak zaman budak-budak.” “Datuk, anda seorang ahli perniagaan yang merendah diri.”
“Benar apa yang anda katakan cef. Gelaran Chef Wan sememangnya lebih besar dari Datuk. Nama itu sendiri dah dikenali.” “Chef Wan, cef kesayangan rakyat Malaysia.” “Sikap merendah diri andalah yang membawa anda di tahap anda berada sekarang ini.” Dengan sikap merendah diri sedemikian, tidak hairanlah Chef Wan sentiasa disayangi dan disanjung ramai rakyat Malaysia. -CARI Sumber: Murai.my
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|