CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Bola Mata Yang Gerak, Badan Kaku-Ainul Mardhiah Diserang Sawan Banyak Kali

9-8-2022 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3449| Komen: 34

PETALING JAYA – Kesihatan Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kembali tidak stabil selepas diserang sawan beberapa kali sejak semalam.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak memaklumkan keadaan anaknya agak ‘teruk’ dan ini kali pertama Ainul terkena sawan yang berlaku antara empat ke lima kali dalam tempoh tidak sampai 12 jam.

Jelasnya, Ainul nampak sangat berbeza sekarang walaupun dia pernah banyak kali jatuh sakit sebelum ini.

Foto: Kosmo

“Tetapi saya nampak dia masih bertenaga untuk melawan walaupun diberi ubat tidur. Hari ini, walaupun tanpa ada sebarang ubat tidur, keadaan Ainul sekarang seperti ditidurkan.


“Hanya bola mata saja Ainul mampu gerakkan, badannya kaku dan saya menangis semahunya sejak serangan berlaku tengah malam tadi. Saya tak dapat nak gambarkan apa yang saya rasa sekarang, saya sangat sayang dengan Ainul,” tulisnya di Facebook.

Ahmad Safiuddin berkata, doktor masih berusaha merawatnya anaknya itu dan diminta orang ramai supaya mendoakan yang terbaik untuknya.

“Sekarang tiba masanya saya serahkan urusan ini kepada yang Hak untuk menentukan. Jauh di sudut hati, saya masih berharap keajaiban dari Allah S.W.T.

“Semoga Allah S.W.T izinkan Ainul kuat dan dipanjangkan usianya supaya saya dan keluarga masih dapat menjaga dan membesarkannya di depan mata,” ujarnya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan kesihatan Ainul Mardhiah semakin baik dan telah sedar sepenuhnya selepas hampir seminggu di rawat di unit rawatan rapi pediatrik (PICU) akibat jangkitan kuman.

Menurut bapanya, bacaan darah Ainul Mardhiah hampir normal semuanya manakala mesin ventilator sudah dimatikan serta banyak ubatan telah diberhentikan. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 9-8-2022 02:17 PM
moga yg baik2 jela utk awk dik
Quote me12345 9-8-2022 03:18 PM
Di doakan yg terbaik..
Quote Nnoor2 9-8-2022 03:22 PM
Moga segera disembuhkan penyakit anak ini ya Allah. Amin.
Quote mesmerize 9-8-2022 03:24 PM
ya Allah kesiannya tengok gambar Ainul kat atas
semoga cepat sembuh..
u survived a major operation before, u can do this! u are a strong little baby girl !
Quote dagusengett 9-8-2022 03:27 PM
Innalillah
Get well soon Ainul
Tak pernah tgk budak kecik sawan statik camtu
Quote Suchi 9-8-2022 03:30 PM
Edited by Suchi at 9-8-2022 03:36 PM

Adoi baru je semalam baca ainul mcm dh ok, siap letak tangan belakang kepala.
Sedih betul rasa, nampaknya Ayah dia mcm dh redho dengan segala kemungkinan
Teringinnya nk tgk dia sihat sampai dewasa, dia dh penah lalui keadaan yg lebih teruk sblm ni. Ainul anak kecil yg sangat kuat.. semoga terus sihat ya nak.
Kata ayah dia ainul ni dh beberapa kali penah kena jangkitan kuman tapi kali ni serangan agak teruk.
Quote nini_azmi 9-8-2022 04:38 PM
Mohon Allah panjangkan umur anak ini
Quote BellaThePrinces 9-8-2022 04:56 PM
semoga kembali sembuh dan dberi kesihatan baik yang berpanjangan...berat dugaan adik ainul ni sejak dari lahir...smg Allah permudahkn urusan mu sayang.
Quote supernaturalee 9-8-2022 05:04 PM
mak die mana
Quote imanjannah 9-8-2022 05:09 PM
moga Allah mudahkan urusan awak nak
Quote JunkMail 9-8-2022 05:20 PM
supernaturalee replied at 9-8-2022 05:04 PM
mak die mana

Ada je mak dia gilir gilir take turn jaga anak kat hospital..redha dah nampaknya laki bini ni
Quote anony-mous 9-8-2022 05:23 PM
JunkMail replied at 9-8-2022 05:20 PM
Ada je mak dia gilir gilir take turn jaga anak kat hospital..redha dah nampaknya laki bini ni

Mgkin mak ayah dia xsggup dah tgk ainul terseksa. Tp i doakan ainul sihat smpai besar. She’s a strong girl!!!
Quote H0rr0rfan 9-8-2022 06:22 PM
Semoga cepat sembuh Ainul Mardhiah. Semoga dipermudahkan urusan ibu bapa anak ini.
Quote doubleA 9-8-2022 06:28 PM
Sedih, tapi kalau dah sampai masa siapalah kita nak menidakkan takdir. Tengok gambar pipi kiri kanan ainul dah sama tu lagi sedih, sempurna dah nampak kejadian. Tak sanggup tengok dia sakit2, dia dah lalui macam2 dari lahir, hampir 4 thn berjuang utk hidup. Makpak dia lagi sedih tgk anak sakit depan mata. Kalau Allah ambil balik pun syurga tempatmu nak, bergembiralah nanti disana
Quote dua_chzy 9-8-2022 06:34 PM
Auntie doakan yang terbaik untuk Ainul. Jika diambil Tuhan itu lebih baik, jadilah. Jika Ainul survivr tu lebih baik, maka jadilah juga. Semoga ibu dan bapa Ainul diberi kesabaran, penghiburan, ketabahan dalam menghadapi saat2 sukar sebegini. I feel you.
Quote Plain-tif 9-8-2022 07:28 PM
Semoga Ainul diberi kesembuhan dan sihat walafiat
Quote -adnil- 9-8-2022 07:36 PM
Sedihnya...semoga kembali sihat..aamiin
Quote green~tea 9-8-2022 07:40 PM
Semoga dipermudahkan urusan mu dik...
Quote kemala.sigh 9-8-2022 08:16 PM
Sedihnya. Semoga Allah bg yg tbaik buat adik ainul & family.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 01:47 PM GMT+8 , Processed in 0.095009 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top