Setahun pemergian Allahyarham Siti Sarah turut dirasai oleh bapanya iaitu Raisuddin Hamzah yang mengakui sentiasa mengingati kenangan manis bersama anak perempuannya itu.
Bagi mengubati kerinduan itu, Raisuddin, 66, mengambil keputusan untuk menjaga anak sulung arwah dan Shuib iaitu Uwais Alqarni, 10. Memiliki rupa paras seperti Siti Sarah, Raisuddin berkata ia sedikit sebanyak dapat melepaskan rindu dan mengimbau kembali kenangan bersama arwah semasa kecil. "Saya menjaga Uwais dan dia sama seperti arwah Sarah. Uwais selalu tidur dengan saya sejak kecil sehinggalah hari ini. Itulah yang dapat mengubat kerinduan terhadap arwah.
"Fizikal Uwais terutamanya tangannya sama seperti arwah. Bagaimana sifat manjanya juga saling tidak tumpah seperti ibunya. "Dalam kesedihan, saya bersyukur ada seorang pengganti yang memiliki sifat sama seperti Sarah," katanya kepada mStar. Raisuddin ditemui di majlis bacaan tahlil sempena setahun pemergian Sarah yang diadakan di kediaman Shuib di Puchong, Selangor pada Selasa.
|
ReginaGeorge replied at 9-8-2022 06:48 PM
Org tua ni dah berakbus ke dr rumah sueb
ADVERTISEMENT