CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ingat Berpuluh Ribu- Gaji Pemain Bola JDT, Arif Aiman RM11 Ribu Je

9-8-2022 10:58 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3932| Komen: 50

Kuala Lumpur: Ingatkan puluhan ribu ringgit, rupanya gaji yang diterima bintang muda bola sepak negara, Arif Aiman Hanapi hanyalah RM11,000.

Mungkin jumlah berkenaan dilihat agak rendah bagi seorang pemain berbakat besar seperti Arif Aiman yang sering memberikan aksi menakjubkan setiap kali turun beraksi seperti seolah menerima gaji puluhan ribu.

Namun itulah Arif Aiman yang sentiasa meletakkan komitmen tinggi dalam setiap perlawanan yang diharungi bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).

Foto: IG

Menurut pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, tangga gaji yang diraih pemenang anugerah Pemain Paling Bernilai (MVP) pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2021 (ABK21) itu adalah tanda harga yang diletakkan oleh Tunku Ismail sendiri.


Beliau yang mendedahkan perkara itu dilaman sosial berkata, selain gaji berkenaan, Tunku Ismail turut menyediakan bonus buat pemain yang memberi prestasi terbaik sama ada dalam latihan mahupun perlawanan.



"Saya kenal setiap pemain saya. Daripada akademi hingga ke pasukan utama. Saya juga yang membuat keputusan berkenaan kontrak pemain.

"Tahukah anda berapa gaji Arif Aiman tahun lepas? RM11,000 sahaja. Tetapi main bersungguh-sungguh. Kenapa?

"Kerana macam mana saya jaga setiap pemain. Contoh bonus, bonus akan diberikan kepada setiap pemain yang memberi 100% dalam latihan dan dalam perlawanan," tulisnya di Instagram Story milik Tunku Ismail.

Untuk rekod, saham pemain sayap Harimau Malaya berusia 20 tahun itu kini mencecah RM1.4 juta seperti mana yang diletakkan oleh laman web terkenal dunia Transfermarkt .

Nilai tinggi berkenaan sudah dijangka selepas beberapa kejayaan dicapai Arif Aiman termasuk membantu JDT menjuarai Liga Super musim lalu dan Piala Sumbangsih selain menjadi tulang belakang membawa skuad Harimau Selatan mencipta sejarah mara ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Asia (ACL) tahun ini. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote totokreturn. 9-8-2022 11:24 AM
dik meniaga kat shopee je pun dah berpuluh riban
Quote axl_bach 9-8-2022 11:26 AM
11k tu starting masa memula keluar akademi.  Mahal lah tu... Team lain starting baru rm3.5-5k....

Sembang starting mmglah nmpk skit... Plus JDT byk bagi bonus
Quote tompie 9-8-2022 11:58 AM
Lagipun tu last season,, dah jadik MVP dangan best young player kompom taun ni at least 50k.. and worth every penny..
Tak rugi kalau bayo 100k pun.. compared to De paula ke, even sapawi ke.. baiklah arip ni..
Harap dia tetap down to earth ahh... jangan terpengaruh dengan disco2 boys yang lain
Quote Adrif 9-8-2022 12:03 PM
11k tu sebulan eh? ke setahun?
Quote bulalof 9-8-2022 12:26 PM
harap jgn cepat benar mendekati cingge dik....
Quote matseh 9-8-2022 12:32 PM
Aku harap Selangor akan memantau perkembangan. Bila habis kontrak mungkin dia boleh joint selangor.
Gaji boleh bagi lebih dr apa yg dia dapat dr JDT. Lebih 11k. Ada kelebihan boleh jadi Misi ke 34 berjaya dan boleh juarai piala FA.
Quote orkid_amani 9-8-2022 12:33 PM
11k starting gaji umo kira ok sgt la..tiap musim mesti ada increment..bonus lagi..yg penting jaga prestasi
Quote rainbowrainz 9-8-2022 12:37 PM
Suatu Masa nanti InsyaAllah ada bintang yg akan muncul menyinari persada bola sepak ni... InsyaAllah
Quote krustykrab 9-8-2022 12:44 PM
Untung la ko dik muda camtu pun dh berbelas riban gaji ko wpun main bola mcm budak srkolah rendah je...tak prnh masuk world cup..
Quote ezacbee 9-8-2022 12:48 PM
Jaga2 takot ada retis mengekor... trus menjunam
Quote matchstick 9-8-2022 01:18 PM
Adrif replied at 9-8-2022 12:03 PM
11k tu sebulan eh? ke setahun?

kalau 11k setahun baik jadi buruh kontrak
Quote monreyes 9-8-2022 01:37 PM
kat msia ni penonton x sampai tahap liga luar negara..mana nak cekau duit byr byk2
Quote rosedemon 9-8-2022 02:14 PM
jap lagi adela tu artis sngkot walau muka haukk
Quote juruterra 9-8-2022 02:30 PM
totokreturn. replied at 9-8-2022 11:24 AM
dik meniaga kat shopee je pun dah berpuluh riban

meniaaga apa kak...i pun nk meniaga juga
Quote glump 9-8-2022 02:45 PM
Kalau tengok pemain bola sepak Malaysia nie tiap negeri pengalaman berbeza ..karier ke just player. Tengok team tu macam Mana dia jaga player ,latihan, exposure, health/welfare  
player,.. berapa team yg dapat main dengan team luar ..nak jadi local ke international player...
Quote Sazreena 9-8-2022 02:54 PM
Pemain bola ni masyuk selagi tak injured teruk atau wat palat cam bookie atau mendadah. Masa tgh mendunia ni la kena beringat.
Quote SWORKS27 9-8-2022 02:56 PM
baik jadi ponder, tik tok je la man..buat penat2 je main bola...lagi banyak duit tik tok, ponder bagai..
jual maruah je..x susah pun...lps tu jadi bodo, pekak telinga nescaya kaya
Quote totokreturn. 9-8-2022 03:15 PM
juruterra replied at 9-8-2022 02:30 PM
meniaaga apa kak...i pun nk meniaga juga

product kurus, product bagi kulit putih timbang kilo
Quote Artemesiaa 9-8-2022 03:19 PM
Belajar dari pengalaman pemain lain jangan mudah hanyut dengan keadaan nanti kerjaya sendiri akan turut hanyut sama

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.131514 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top