PETALING JAYA – Seorang lelaki dilaporkan hilang dalam perjalanan pulang dari Kemaman, Terengganu ke rumahnya di Johor.
Menerusi perkongsian anak mangsa, Siti Nurfaezah Zahari di laman Facebooknya semalam, bapanya Zahari Zakaria tidak dapat dihubungi lebih 24 jam. Katanya, ahli keluarganya khuatir kereta yang dipandunya terbabas sepanjang melalui jalan Kuantan-Pekan-Rompin-Mersing-Kota Tinggi-Pasir Gudang. “Ayah saya, Zahari bin Zakaria tidak dapat dihubungi oleh pihak keluarga dan rakan-rakan lebih 24 jam. “Pihak keluarga sudah hubungi polis dan hospital tetapi tidak menerima sebarang laporan mengenai beliau,” tulisnya dalam satu hantaran.
Mengulas lanjut, Siti Nurfaezah berkata, bapanya memandu kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru plat WC9129E. Jelasnya, sebarang maklumat atau jika ternampak atau terdapat sebarang info mohon hubungi keluarga saya di talian 018-2217060 (Halim) dan 010-7600721 (Zul). “Kami sekeluarga dengan rendah hati mohon semua mendoakan kesejahteraan ayah kami dan semoga kami dapat menemui ayah kami,” ujarnya. UPDATE PETALING JAYA – Lelaki yang dikhuatiri hilang semasa dalam perjalanan pulang dari Terengganu ke Johor semalam dilaporkan telah ditemui hari ini. Menerusi satu perkongsian di laman Facebook Komuniti Mersing, kereta yang dipandu mangsa, Zahari Zakaria telah ditemui di dalam semak di Jalan Jemaluang ke Kota Tinggi. Difahamkan mangsa telah meninggal dunia, bagaimanapun kini sedang mendapatkan pengesahan dari pihak berkuasa. -CARI Sumber: Kosmo
|
Kancilkering replied at 9-8-2022 03:35 PM
Arwah kerja apa …umur 62 masih berkerja jarak jauh camtu…
moga arwah diampunkan dosa…..
Kancilkering replied at 9-8-2022 03:35 PM
Arwah kerja apa …umur 62 masih berkerja jarak jauh camtu…
moga arwah diampunkan dosa…..
prettyuglybabe: kalau driving alone, elakkan l ...
ADVERTISEMENT