Seorang pemain direkodkan keputusan positif Covid-19 menyebabkan pasukan kriket Australia berdepan tindak balas apabila mereka memenangi emas di Sukan Komanwel. mStar Online memetik Metro.co.uk melaporkan Talia McGrath dibenarkan menyertai perlawanan pingat emas menentang India di Edgbaston, Birmingham padaAhad walaupun menunjukkan gejala ringan. Difahamkan, Talia, 26, bagaimanapun mengasingkan diri daripada rakan sepasukannya dengan memakai topeng muka ketika menunggu, namun dia menanggalkannya sebelum memasuki padang dan berjaya menjaringkan dua daripada empat bola. Pemain itu kemudian melakukan bowling dan mengambil tangkapan apabila dia mengangkat tangannya untuk memberi amaran kepada rakan sepasukan supaya tidak meraikannya bersamanya. Terdahulu, Australia meraih kemenangan tipis sembilan larian ke atas India untuk menjadi juara Sukan Komanwel. Keputusan untuk menurunkan pemain kriket yang dijangkiti Covid -19 telah mencetuskan kontroversi bukan sahaja kerana ia melibatkan risiko kesihatan, tetapi juga kerana Australia telah menjadi salah satu negara yang paling ketat dari segi peraturan wabak tersebut. Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT