CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KPDNHEP Diminta Senaraikan Jenama Minyak Masak Yang Diturunkan Harga

9-8-2022 12:37 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1098| Komen: 3

Sebahagian besar pasaraya di Melaka dilihat mematuhi penguatkuasaan harga maksimum minyak masak sawit tulen dalam botol lima kilogram (5kg) yang mulai hari ini dijual pada harga baharu iaitu RM34.70 sebotol.


Tinjauan mendapati pasaraya tidak lagi menjual minyak tersebut pada harga sebelum ini antara RM39 hingga RM42 sebelum pelaksanaan harga baru RM34.70 yang ditetapkan kerajaan bermula semalam sehingga bulan depan.


MalaysiaKini

Walaupun harga baharu minyak masak sawit RM34.70, namun terdapat juga pasaraya di Peringgit menjualnya lebih rendah iaitu RM34.69.

Bagi minyak masak campur 5kg yang tidak termasuk dalam penguatkuasaan harga maksimum pula dilihat masih kekal pada harga antara RM45.29 hingga RM47.29 sebotol.


Bagi seorang pengguna, Noorsuliana Ujang, 36, dari Paya Luboh, Tangga Batu meminta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) untuk mengeluarkan senarai minyak sawit tulen yang diturunkan harga itu.


Noorsuliana Ujang

Menurutnya, senarai itu amat perlu bagi memudahkan pengguna mengenal pasti jenama minyak masak tersebut dan tidak tersalah pilih minyak masak yang tidak dikawal harganya.

“Kalau di pasaraya kita keliru kerana banyak sangat jenama minyak masak di rak serta bercampur-campur dengan lain. Sekurang-kurangnya bila tahu jenamanya mudah untuk kita membelinya,” ujarnya.

Katanya, penguatkuasaan harga baharu minyak masak tersebut sedikit melegakan walaupun harga tersebut dianggap masih tinggi bagi mereka yang berpendapatan di bawah RM2,000.


Sumber: Suara Merdeka


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote felinecat 9-8-2022 06:30 AM
xkuas nk bg...yg murah kita sokonggg
Quote CiliPadiSedap 9-8-2022 10:02 AM
friska warga asing  dan madu jusa c minus warga asing .. dia xblh beli minyak masak. siapa nampak dia beli tolong report kt kaka
Quote sharlenetexas 9-8-2022 10:19 AM
Tak beza pun  rm34.70 dan rm34.69


Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.081721 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top