CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KFC Guna Semua Bahagian Ayam Kecuali Bulu Akibat Kenaikan Harga Bahan Mentah

9-8-2022 12:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2507| Komen: 12

Pelanggan restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) mungkin akan mendapat bahagian kaki ayam dalam hidangan mereka akibat kenaikan harga bahan mentah, lapor laman berita Mothership baru-baru ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Yum, Joey Wat berkata, kenaikan harga komoditi itu boleh diserap menerusi penggunaan penuh bahagian ayam yang boleh dimakan kecuali bulunya.


Gambar hiasan - Foto: Mothership

Yum merupakan syarikat pemilik rangkaian KFC, Pizza Hut dan Taco Bell di China.

Rangkaian restoran itu melalui masa  sukar berikutan kekerapan perintah berkurung di China yang berpegang kepada prinsip sifar Covid-19 sehingga menyebabkan banyak perniagaan besar terjejas.


Jualan di lokasi Yum China untuk setahun merosot 16 peratus berbanding tempoh sama sebelumnya.

Bagaimanapun, permintaan untuk penghantaran meningkat kira-kira lapan peratus. 

Joey berkata, syarikatnya  melaksanakan pelbagai langkah untuk mengurangkan kos  termasuk membatalkan program pengiklanan dan pemasaran serta meminta tuan tanah memberikan pelepasan sewa.

Beliau bagaimanapun  berjanji untuk mengelak daripada memberhentikan 450,000 pekerja  bawah Yum China pada tahun ini. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Perawankota 9-8-2022 03:11 AM
Dorg nak buat sup kaki ayam ke? Tak pon kerabu kaki ayam ke
Quote Sazreena 9-8-2022 08:34 AM
Nanti keluar la menu kaki ayam crispy atau sup kaki ayam edisi terhad. Banyak kolagen gituuu.
Quote saviour_09 9-8-2022 09:41 AM
Cheezy Leg
Quote Artemesiaa 9-8-2022 09:51 AM
Apa nak heren mereka suka je makan bahagian tu sama je macam di tanahair ada je yang suka makan bahagian tu
Quote shernazz 9-8-2022 10:42 AM
Bontot ayam original recipr
Quote shernazz 9-8-2022 10:43 AM
Tu nasib dia guna ayam
Kalau dia ckp kepak tak cukup .kita akan guna kepak kelawar...
Entah apa jadi
Quote misc 9-8-2022 10:48 AM
Setakat kaki ayam tak menghairankan pun kalau di China. Otak kambing pun dorang makan.
Quote black_handbag 9-8-2022 10:51 AM
kedai ayam goreng lain elok je ada stok. siap besar2 lg saiz ayamnya
Quote MarryPottet 9-8-2022 11:14 AM
Awat tak reka ayam plastik mcm beras plastik tu untuk tambah pengeluaran ayam

China ni kalu oink oink tu habis semua bahagian dia sebat makan so kekahlah bulu ayam jugak
Buat bulu ayam goreng celup tepung cheese leleh viral ka. Resepi boleh refer kat peniaga street food tanahair ku ini
Quote prettyuglybabe 9-8-2022 01:25 PM
prc tu apa benda yang dorang tak makan
Quote azie5zoe 9-8-2022 01:40 PM
Apa nak heran, dia orang nasib baik kepala keretapi tu takleh dimakan, kalau boleh dah dikunyah dah.
Quote KamikuP 9-8-2022 04:17 PM
Kaki ayam buat sup mmg sedap ada kolagen asli you

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:50 PM GMT+8 , Processed in 0.050383 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top