Seorang wanita nyaris maut akibat terjatuh dari tingkap sebuah kenderaan ketika asyik membuat tarian gelek di dalam pacuan empat roda yang bergerak, lapor akhbar The Sun semalam.
Berdasarkan klip video tular, wanita Dagestan yang tidak dikenali itu berdiri di dalam sebuah Mitsubishi Pajero dengan sebahagian badannya terjulur keluar dari tingkap kenderaan itu. Dia kemudian memulakan gerakan tarian gelek dengan melentikkan badan, namun terjatuh ke atas jalan raya. Mangsa jatuh berguling di atas jalan sebelum bangkit dan cuba masuk kembali ke dalam kenderaan tersebut. Seorang pemandu lain memberhentikan keretanya dan segera menawarkan bantuan.
Wanita itu bagaimanapaun dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan. “Tarian berbahaya tidak akan membawa kepada perkara baik, terutamanya jika berlaku di atas jalan raya dan anda ialah gadis yang melakukan tarian gelek dengan badan terjulur keluar dari tingkap kereta,” demikian menurut laporan laman berita News Dagestan. Seorang pengguna media sosial pula memberi komen bahawa penduduk tempatan perlu mempamerkan sikap sederhana dan sopan. Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT