CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Demi Bola, Bayi 6 Bulan Maut Dibawa Naik Motor Sejauh 500 Kilometer

8-8-2022 11:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2495| Komen: 15

Bayi berusia enam bulan meninggal dunia selepas dibawa ibu bapanya menaiki motosikal dari Jawa Tengah ke Jawa Timur untuk menonton perlawanan bola sepak, lapor laman berita Coconut News hari ini.


Perkara tersebut disahkan bapa mangsa dikenali sebagai FJ menerusi perkongsian di laman Twitter.


Viva.co.id

FJ berkata,  dia dan isteri membawa anak mereka menaiki motosikal dari Tegal, Jawa Tengah ke Surabaya di Jawa Timur pada 30 Julai lalu kerana mahu menonton pasukan bola sepak kegemarannya beraksi.

Menurutnya, mereka bertolak dari Tegal pukul 5:38 petang (waktu tempatan)  pada Sabtu lalu dan tiba di Surabaya jam 7.15 pagi keesokan harinya.


Jarak antara dua wilayah itu adalah sekitar 500 kilometer (km).

Bagaimanapun, sebaik tiba di rumah, bayi itu mula batuk dan sukar bernafas. Ibu bapanya  membawa anak mereka ke hospital,  namun dia meninggal dunia walaupun doktor berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkannya.



“Ini semua berlaku disebabkan kebodohan, ego dan keangkuhan saya.

“Saya harap saya seorang sahaja yang bersikap bodoh seperti ini,” tulis FJ dalam catatan itu.

Bapa itu berkata, dia ingin berkongsi kisahnya supaya menjadi teladan  kepada semua ibu bapa.

Setakat ini, punca kematian rasmi bayi itu tidak didedahkan.

Pakar pediatrik, Dr Kurniawan Satria Denta, melalui komen di laman Twitter menasihati ibu bapa supaya tidak membawa bayi mereka menaiki motosikal.

“Antara risikonya ialah hipotermia. Bayi kecil tidak boleh terlampau sejuk. Bayi yang mengalami hipotermia berisiko tinggi mengalami masalah pernafasan dan metabolik dan berisiko tinggi juga untuk tidak sedarkan diri,” tulisnya.


Sumber: Kosmo


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Carcosa 9-8-2022 01:16 AM
"Saya harap saya seorang sahaja yang bersikap bodoh seperti ini,” tulis FJ dalam catatan itu.

YOU GOT THAT RIGHT, IDIOT!
Mmg kau sorang je yg tolol mcm penyapu, yg sanggup buat bende ni dkt baby kecik
Quote tikusmontok 9-8-2022 03:20 AM
Carcosa replied at 9-8-2022 01:16 AM
"Saya harap saya seorang sahaja yang bersikap bodoh seperti ini,” tulis FJ dalam catatan itu.

YOU  ...

Indon dan bodo.....sila sambung
Quote sukacactus 9-8-2022 04:37 AM
Bagus la sedar kebodohan sdr
Malangnya dah hilang nyawa ank, br nak sedar
Quote SepupuBen10 9-8-2022 07:17 AM
So sempat tak tengok bola
Quote shalalat 9-8-2022 07:22 AM
Calling friska
Quote venom1 9-8-2022 07:39 AM
tikusmontok replied at 9-8-2022 03:20 AM
Indon dan bodo.....sila sambung

Berpisah Tiada
Quote AshkieLa 9-8-2022 08:08 AM
on the good side,
baguslah baby tu tak sempat dibesarkan oleh parents bongok & selfish mcm ni...
Quote mojarean_X 9-8-2022 08:10 AM
@Friska  orang kampung kamu ke ni?
Quote Friska 9-8-2022 08:21 AM
mojarean_X replied at 9-8-2022 08:10 AM
@Friska  orang kampung kamu ke ni?

Bukan, saya orang Sumatera, Melayu Deli. Kejadian di Pulau Jawa.

Ibarat kejadian di Sabah dan tanya ke orang di Selangor
Quote dua_chzy 9-8-2022 08:40 AM
Aiol masih ingat Friska mengeji acik porom nama ja educated tapi kuno skaly tepek gambar pun tak reti. #tetibe
Quote tikusmontok 9-8-2022 10:31 AM
venom1 replied at 9-8-2022 07:39 AM
Berpisah Tiada

Bingoooo
Quote KamikuP 9-8-2022 01:04 PM
Ibu bapanya caprut dan goblok sekali yaa
Quote yebit157 9-8-2022 04:47 PM
baby baru 6 bulan duduk rumah je la. apa benda la maknya pun
Quote tikusmontok 11-8-2022 06:07 PM
Friska replied at 9-8-2022 08:21 AM
Bukan, saya orang Sumatera, Melayu Deli. Kejadian di Pulau Jawa.

Ibarat kejadian di Sabah dan tan ...

Jawa bukan indon ke ngok?
Quote Artemesiaa 11-8-2022 06:12 PM
Menyesal kemudian dah tak berguna

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:31 PM GMT+8 , Processed in 0.088567 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top