Datuk Seri Aliff Syukri kembali menaikkan kemarahan dan menerima bertubi-tubi kecaman daripada netizen! Mana tidaknya dia memuat naik sebuah video memaparkan dua orang wanita menari terkinja-kinja sampai terkangkang.
Ramai yang mempersoalkan tindakan dua orang wanita yang dikatakan tidak menjaga adab dan batas sebagai wanita Muslimah. “Nantikan lagu terbaharu saya babysayang lagi 10 hari. Cer teka saya berduet dengan siapa?? Tekaan yang tepat saya bagi hadiah. Nantikan lagu terbaharu saya menampilkan 5 artis viral no.1 Malaysia," tulisnya sebagai kapsyen.
Aliff seolah-oleh memberikan ‘hint’ siapakah artis duetnya menerusi lagu terbaharu yang akan dilancarkan kelak. Di ruangan komen ramai yang perasan wanita dalam video terbabit adalah Kaklong 7E yang pernah tular memaki pekerja kedai serbaneka itu tak lama dlu.
Antara komen: “Bagi ada akhlak sikit.” “Dia sengaja cari orang macamtu supaya ikut kepala dan perangai dia. Bukan nak bentuk budak tu jadi elok. Apo laa.. Gunakan orang untuk marketing sendiri.” “Sebegini ka wanita muslimah #akhirzaman.”
“Hurmmm kenapa la perempuan menari-menari macam tu. Jaga la adab dan sifat-sifat malu kalian. Buruk wei pompuan menari macam tu. Nanti dikecam marah. Berubah la. Dunia dah akhir zaman.” “Lahh ambil kak long 7e ngan latu..Lahai..terus takde mood nak tengok.” “Entah tak tahu nak cakap apa dengan dia nia. Batas la hodoh benar perempuan bertudung menari macam ni.” Ada yang tak sabar nak dengar lagu terbaharu Aliff Syukri?? -CARI
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|