CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Semoga Jadi Ikutan Nak Mati Di Tanah Suci" - Izara

8-8-2022 06:10 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3094| Komen: 25

Pelakon Izara Aishah baru-baru ini ada meluahkan hasratnya untuk menetap di salah satu kota suci umat Islam iaitu Madinah.

Menurutnya, dia mahu menjadi teladan baik kepada puteri sulungnya, Irisa Alaia.


IG Izara

“Ada banyak impian, seperti orang lain kita semua hendak membahagian ahli keluarga kita. Icha (panggilan diri Izara Aishah) mahu menjadi contoh yang baik kepada anak Icha sendiri.

“Dan Icha sebenarnya ada impian mahu menetap di Madinah dan kalau boleh meninggal dunia pun di sana. Impian ni memang ada dalam doa-doa Icha,” ujarnya kepada Gempak.


Meninjau ruangan komen di Facebook Gempak, berita mengenai impian penghijrahan Izara ini mencetuskan perbalahan dalam kalangan netizen yang turut meluahkan rasa tidak puas hati.

Ada sesetengah daripada mereka mempersoalkan niat sebenar Izara di sebalik impiannya untuk menetap dan meninggal dunia di Kota Suci.


Add Image Caption Here
Kredit foto: FB/Xtra

Malah, ada segelintir daripada netizen yang berkata meninggal di mana-mana pun tidak diambil kira, namun yang dipertimbangkan adalah amalan seseorang Muslim.

Bukan itu sahaja, mereka turut berkata Izara seperti mahu meniru telunjuk selebriti, Noor Neelofa yang mendedahkan bakal berhijrah ke Madinah dalam masa terdekat.


Foto: FB/Xtra

Namun, rata-rata netizen turut menitipkan ucapan doa agar segala urusan dan impiannya akan tercapai.


Kredit foto: Twitter

Terdahulu, Izara 'bergaduh' dengan netizen di Twitter berhubung isu menegur aurat wanita.




Kredit foto: Twitter

Sumber: Xtra/Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Rogue98 8-8-2022 06:20 PM
Pada aku kita tak boleh tamak dan perasan kita lah paling layak utk meninggal kat Mekah Madinah. Cukup sekadar niat diam2. Kadang tengok izara ni mcm tinggi sangat ilmu agama. Jah 2.0 ni.
Quote armin 8-8-2022 06:25 PM
Boleh tahan puaka jugak eh mulut sheols walaupun iols setuju apa dia cakap pasal teguran tu. And betul jugak kata netizen tu, buat amal ni kat mana2 pun boleh. Bukan tentu masuk syurga kalau duduk kat madinah
Quote Subian 8-8-2022 06:28 PM
Madinah tempat yg tenang....aku rasa sbb tu dia nak meninggal di situ.
Quote dua_chzy 8-8-2022 06:28 PM
Pendidikan Islam SPM kau dulu A+ ke nak ceramah2 cam ustagajah ni Izara?
Quote anakkerengga 8-8-2022 06:30 PM
Ajaran zizan semang ni la kut.. dulu ctdk pun mcm ni jg.. lps tu lopa skrg izara…
Quote jihyomelly 8-8-2022 06:32 PM
lps ni retis mana lak bak berpindah ke madinah?
Quote stingergrumpy 8-8-2022 06:33 PM
Semua yg kawen into DK family ini aku perhatikheun memang ngok belaka......top down.....

Kheunz?
Quote nakkomenjugak 9-8-2022 02:06 AM
shut your mouth laa izara
dulu classy jahhhh tak berkutik kat medsos
just hush
tak perlu nak terpaling
bagi je jahhh untuk benda2 gitu
Quote mendeluk 9-8-2022 02:11 AM
Zara ini dulu daring/hotstuff. Tapi bila ada anak dah low sikit. Mungkin dah kawen semua, ada husband.
Quote ReginaGeorge 9-8-2022 06:02 AM
Cita2 kau tu baik izara tp dalam masa yang sama...
Quote Acikgomen 9-8-2022 06:44 AM
armin replied at 8-8-2022 06:25 PM
Boleh tahan puaka jugak eh mulut sheols walaupun iols setuju apa dia cakap pasal teguran tu. And bet ...

Tahnye abu jahal yg kapir tu pun mati kat mekah dedolu kala
Quote gangerina 9-8-2022 10:17 AM
Rogue98 replied at 8-8-2022 06:20 PM
Pada aku kita tak boleh tamak dan perasan kita lah paling layak utk meninggal kat Mekah Madinah. Cuk ...

like
like
like
Quote reporter_kalut 9-8-2022 05:27 PM
Nak impi2 tu tak salah.. Tapi ketentuan kita hanya Allah yg tau.. Buatnya ko mati lam lubang najis? Tak kan ko nak salah kan cik gayah spedo pulak kan?
Quote makcun14 9-8-2022 10:54 PM
Bila dia cakap nak jadi contoh yang baik untuk anak sheols, i pulak pikir abis tu selama ni mak sheols tak cukup jadi contoh baik ke sebab sheols dulu kan seksi and boleh tahan wild?
Tak pikir ke mak sheols mesti terasa ngan statement tu.
Sekarang dah jadik over pulak lepas
hijrah.
Betul la kata orang bijaksana, kadang kadang diam lebih baik..
Quote lyshafull 10-8-2022 12:29 AM
Senanya aq x faham dia tulis ape
Okay la senanye kak jara patt tanamkan niat nk meninggal dalam husnul khotimoh bukn ninggal kat sana je jangan jadikkan trend dh la

Bahasa dia agak kasar walaupun ckp lembut
Quote DARSITA 10-8-2022 01:28 AM

Bukan dia jer .. aii pun ada menaruh cita cita nak dok Madinah lepas tu buka kedai makan Malaysia.
Quote miss_perfect 10-8-2022 01:39 AM
Subian replied at 8-8-2022 06:28 PM
Madinah tempat yg tenang....aku rasa sbb tu dia nak meninggal di situ.

Betul tu.
Ada ustaz yg aku kenal pun prefer Madinah lagi dr Mekah.
Quote she 10-8-2022 01:48 AM
Inilah antara golongan retis yang dedolu pakaian cuma secebis

Tapi bila pakai tudung
Habis dipukul canang macam dah zero dosa2 dia
Semua hal orang nak diambil kesah
Dia lah yang terpaling

Tapi jangan kata artis
Bebudak ofis ni pun samalah
Dulu kemain skirt kemeja ketat ke ofis
Bila dah kawen somi paksa pakai tudung
Pastu nak tunjuk dia isteri patuh
Dah bertudung masuk ofis mencerca orang tak bertudung

Apa motif kau pakai tudung
Kalau hati hitam
Owhhh lupaaa tudung tu fast tiket ke syurga
Quote she 10-8-2022 01:52 AM
makcun14 replied at 9-8-2022 10:54 PM
Bila dia cakap nak jadi contoh yang baik untuk anak sheols, i pulak pikir abis tu selama ni mak sheo ...

Masalahnya kaka dan mak dia pun freehair
Hahahahaha guane tuhhh

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2026 08:00 PM GMT+8 , Processed in 0.538070 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top