LONDON – Penduduk Britain disaran menyingkatkan waktu mandi mereka dalam masa hanya satu minit sebagai sebahagian usaha untuk menjimatkan bekalan air, lapor laman berita RT.
Berdasarkan laporan akhbar The Sunday Times, langkah itu dicadangkan oleh salah sebuah syarikat yang menguruskan bekalan air di Britain. Menurut laporan, wakil-wakil industri berkata, walaupun langkah itu tidak popular, namun ia perlu dilakukan. Penduduk Britain berdepan dua pilihan mudah iaitu sama ada membelanjakan £1 bilion (RM5.3 bilion) untuk infrastruktur air yang baharu atau menghabiskan masa kurang satu minit untuk mandi.
Idea itu diutarakan ketika cuaca panas terik luar biasa melanda Britain sejak beberapa minggu lalu. Negara Eropah itu merekodkan bulan Julai paling panas yang menyaksikan penggunaan air meningkat mendadak. Situasi itu mendorong beberapa daerah di selatan England melaksanakan larangan penggunaan paip getah dan pemercik air pada minggu ini. Ini kerana paras air bawah tanah yang lebih rendah berbanding keperluan dan kekurangan air di kawasan-kawasan takungan seluruh negara. Pakar-pakar berkata, sekiranya cuaca masih tidak berubah, Britain mungkin terpaksa memperkenalkan lebih banyak langkah penjimatan, termasuk sekatan dan catuan air. -CARI Sumber: Kosmo
|
white_musk replied at 8-8-2022 02:10 AM
Bukan kah seronok pergi UK, kehidupan di sana persis di sorga..
FOTHER-MUCKER replied at 8-8-2022 06:29 PM
Dahulu sebelum kedatangan ummah suchi dari seluruh dunia UK aman aman je tak pernah tak cukup air d ...
green~tea replied at 8-8-2022 06:08 PM
Siannya deme duk UK kepanasan
ADVERTISEMENT