aKuala Lumpur: Pembantu am klinik di Melaka berdepan detik hitam dalam hidupnya selepas dirakam majikannya ketika berada di dalam tandas.
Kejadian berlaku awal bulan lalu ketika wanita itu berada di tandas di klinik berkenaan. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Mona, 30-an, berkata, dia hanya menyedari perkara itu selepas ternampak telefon bimbit yang digunakan majikannya yang juga seorang doktor. Dia kemudian menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian itu yang kemudian meminta penjelasan doktor terbabit. "Selepas bertanyakan doktor itu, dia tidak mengaku perbuatannya sebelum suami saya memeriksa telefon bimbitnya.
"Saya begitu terkejut selepas mendapati ada rakaman saya sedang buang air besar kira-kira 15 saat di dalam telefonnya," katanya ketika membuat aduan kepada Pengarah Advokasi Khidmat Guam Mahmud Jumaat. Mona berkata, dia tidak pasti berapa lama rakaman itu dibuat namun sangat malu selepas mengetahui dirinya dirakam dalam keadaan sebegitu. Katanya, sebaik memaklumkan bahawa laporan polis akan dibuat berhubung kejadian, doktor itu kemudiannya membuat 'tawaran' untuk menyelesaikannya tanpa membabitkan pihak berkuasa. "Pada awalnya saya bersetuju kerana tidak mahu memanjangkan kes ini untuk menjaga aib saya, tetapi disebabkan dia memungkiri janji, saya rasa tertipu dan diperdaya dan saya dinasihatkan oleh peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang," katanya. Sementara itu Mahmud berkata, pihaknya menerima banyak kes gangguan seksual seperti itu sebelum ini dan menasihatkan pengadu agar membuat laporan polis terlebih dulu. Katanya dalam kes tertentu ia akan mengakibatkan kerugian kepada mangsa yang mungkin trauma dan tidak lagi boleh bekerja dengan majikan sama. "Mangsa juga boleh membuat laporan kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) demi menuntut ganti rugi memandangkan dia tidak boleh lagi bekerja di situ . "Kes seperti ini boleh disiasat di bawah Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana kesalahan gangguan seksual dan mengaibkan kehormatan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
tetapi disebabkan dia memungkiri janji, saya rasa tertipu dan diperdaya
ainonymous replied at 8-8-2022 04:24 PM
aku tak faham tang dia kata ditipu dan diperdaya tu..maksudnya dah byk kali ke dia tau dokter rakam ...
Suchi replied at 8-8-2022 05:37 PM
Berak ni memalukan, depan laki bini pun org segan nak tunjuk.
Apa jenis manusia rakam video org bera ...
star_karat replied at 8-8-2022 06:51 PM
Ingat dokter2 ni dah tak heran ngan taik, kencing orang, anatomi orang. Bukan kau sekolah ada belaja ...
FOTHER-MUCKER replied at 8-8-2022 06:57 PM
Semejak gue ada acc Facebook gue udah banyak blajar bahasa Indonesia dong, gue udah bisa ngobrol ngo ...
Belibis replied at 8-8-2022 04:37 PM
Mungkin dogter janji nak bagi duit andai tarik balik report .sekali nan hado..marah ler dia.
FOTHER-MUCKER replied at 8-8-2022 06:44 PM
Yang nyata dia tidak layak sama sekali menjadi dokter. Hanya layak menjadi penjaga parkir, pak supir ...
Friska replied at 8-8-2022 04:07 PM
Sakit jiwa kali ini dokter
tikusmontok replied at 8-8-2022 04:11 PM
Punya la gigih nak bukak citer buruk kat msia, kisah taik pun ko sanggup kan friska babee ndon....eh ...
ADVERTISEMENT