Penampilan Aina Abdul ketika membuat persembahan di Melaka lain dari kebiasaannya mencuri perhatian ramai. Aina menggayakan persalinan kuning dan merah ketika di Bandaraya Bersejarah itu, kedua-duanya berinspirasikan tradisional untuk dua malam berturut-turut.
Persalinan rekaan Ashraff Zainal, di bawah kelolaan Vee Mukhtaram (@xeliciousxass) sebagai penata gaya meraih lebih banyak tanda suka berbanding kebanyakan foto Aina yang lain. Rata-rata netizen memuji imej cantik yang digayakan penyanyi lagu Sumpah itu.
“Kan cantik macam ni, less is more. “Memang onz lah Aina pakai tradisional macam ni. “Cantik Aina malam tadi. “Yayyy cantiknya,” antara yang dicoretkan netizen. Dalam entri berkenaan, Aina sempat mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan persalinan yang digayakan malam itu.
|
ADVERTISEMENT