CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kelar Leher Belakang Kilang Lepas Bagi Isyarat 'Bye'

8-8-2022 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6752| Komen: 104

Seorang lelaki yang mengalami kemurungan sempat meninggalkan pesanan kepada isterinya sebelum dia ditemukan mati dengan kesan kelar di leher di belakang sebuah kilang di Pekeliling Dataran Kledang, Menglembu, di sini hari ini.


Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Nordin Abdullah berkata, maklumat berkaitan kes itu dimaklumkan orang awam pada pukul 9.46 pagi.


Anggota polis membuat pemeriksaan di lokasi seorang lelaki yang ditemukan mati dengan kesan kelar pada leher di belakang sebuah kilang di Pekeliling Dataran Kledang, Menglembu di Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

Katanya, siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat mayat seorang lelaki dengan kesan kelar di leher sepanjang 16 sentimeter.


“Turut dijumpai berhampiran mayat si mati ialah pisau pemotong daging yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Pemeriksaan mendapati, tiada kesan jenayah lain pada badan si mati. Telefon bimbit dan pengenalan diri lelaki itu juga masih berada bersamanya,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, berdasarkan siasatan awal, lelaki terbabit yang merupakan pemborong dan pembekal ikan ke pasar itu ada menghubungi isterinya menerusi aplikasi WhatsApp.

Katanya, menerusi pesanan tersebut, dia memberitahu isterinya untuk mengambil semua wang simpanan di dalam bank bagi kegunaan wanita itu dan anak-anak mereka selain meninggalkan isyarat ‘bye’.

“Berdasarkan maklumat, si mati mengalami kemurungan kerana perniagaan yang diusahakannya sejak 10 tahun lalu itu mempunyai masalah kewangan.

“Si mati juga difahamkan pernah cuba membunuh diri tiga tahun lalu,” katanya.

Tambah beliau, pemeriksaan pakar patalogi ke atas mayat lelaki itu mendapati punca kematian adalah disebabkan si mati mengelar lehernya menggunakan pisau pemotong daging.

“Bagaimanapun, bedah siasat akan dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi mendapatkan punca sebenar kematian lelaki itu. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya. 


Sumber: UTUSAN


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Nnoor2 8-8-2022 05:13 PM
Bangsa apakah?
Quote RinIna 8-8-2022 05:16 PM
Macam manalah dia boleh kelar leher dia sendiri tu.. ngeri plak bayangkan [em:8:]
Quote CiliPadiSedap 8-8-2022 05:16 PM
dah mula dah krisis ekonomi. kaka dah pesan dalam forum banyak kali sejak 2017.... 66 negara di jangka bangkrupt menurut laporan imf. boleh baca news indonesia atau follow jusuf hamka.

kepada berduit utamakan family dulu. kalau nak beri hutang time krisis ekonomi beri amount u willing to burn. jgn bg amount sbb kasihan nanti u sendiri rentung takde duit kena scam.

elakkan pinjam dan memberi pinjam sesama forumer. sini bukan kedai ceti haram atau bank.
Quote prince_marhaen 8-8-2022 05:48 PM
sakit & terseksanya nak cabut nyawa sendiri kelar-kelar gituuuu!!
Quote Adrif 8-8-2022 07:11 PM
meanwhile..

menteri naik gaji  
Quote Supersirap 8-8-2022 07:53 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote green~tea 8-8-2022 07:54 PM
RinIna replied at 8-8-2022 05:16 PM
Macam manalah dia boleh kelar leher dia sendiri tu.. ngeri plak bayangkan [em:8:]

I rasa orang yang gamak kelar leher ni orang yg mmg dah ada masalah mental pun to begin with.. bila ada masalah, benda tu triggered je..

Org normal, ada masalah cemane pun hadap je masalah tu, takde la sampai nak kelar leher sendiri
Quote Belibis 8-8-2022 09:45 PM
CiliPadiSedap: dah mula dah krisis ekonomi. k ...

Ada ke pinjam sesama forumer?? Kenal pun tak.
Quote krustykrab 8-8-2022 10:12 PM
Belibis replied at 8-8-2022 09:45 PM
Ada ke pinjam sesama forumer?? Kenal pun tak.


Maaf lah nk tergelak pulak bc konen chuols
Quote dua_chzy 8-8-2022 10:12 PM
Sedih baca...
Quote Nham22 8-8-2022 10:18 PM
pisau die mesti asah kasi tajam betul... pisau potong daging biase mmg tajam sgt...
Quote matchstick 8-8-2022 10:24 PM
Belibis replied at 8-8-2022 09:45 PM
Ada ke pinjam sesama forumer?? Kenal pun tak.

ada..ni mesti uols tak masuk thread edisi melondeh tempoh hari
Quote Jitu 8-8-2022 10:29 PM
Belibis replied at 8-8-2022 09:45 PM
Ada ke pinjam sesama forumer?? Kenal pun tak.

pernah jugak dulu bg pinjam
tp kat forum lain bkn kat sini

Quote Potpouri 9-8-2022 12:42 AM
Ohhh boleh pinjam duit kat sini rupanya ????
Quote bintangct 9-8-2022 12:45 AM
Nnoor2 replied at 8-8-2022 05:13 PM
Bangsa apakah?

i am not racist ya
tp kawasan ni mostly hindu.. probably kaum ni la kot
Quote Carcosa 9-8-2022 12:49 AM
Aduuiiiii cekal berani betul yach
Harus sempat rasa aakit kan Tidakkkk!
Kesian pulak baca part business dia tu and WhatsApp bini dia
Kalau mcm ni, meols rasa sayu dan kesian.
Kalau bunuh diri psl semata2 Netizen bahan handbag Petaling Street kau, tu meols agak errrrr
Quote green~tea 9-8-2022 12:58 AM
Edited by green~tea at 9-8-2022 12:59 AM
Belibis replied at 8-8-2022 09:45 PM
Ada ke pinjam sesama forumer?? Kenal pun tak.


Aduh, pedih nya

iols la tu kena scam rm20k dgn forumer (nick sheols noraidil06, mrsveneer, ubikentang).. mmg weols kenal kat luar pun... tanak ngumpat, tp kena bagi awareness.. be careful dgn perempuan ni...
Quote Nnoor2 9-8-2022 10:21 AM
bintangct replied at 9-8-2022 12:45 AM
i am not racist ya
tp kawasan ni mostly hindu.. probably kaum ni la kot

Oh....harap bukan org islam la...kesian sgt
Quote tompie 9-8-2022 10:35 AM
Ngeri.. tak boleh bayangkan mcmana the actual act of slitting your own throat..
Kalau slit wrist tu mcm sikit aje kan.. ini leher..
Semoga kita semua dijauhkan dari benda2 mcm ni dan dikuatkan iman dan semangat untuk menghadapi apa jua masalah di dunia ni..

Lihat semua komen(104)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.095606 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top