CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Tuisyen Ditemui Maut Di Rumah, Tertekan Jadi Mangsa Buli Siber?

8-8-2022 04:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1518| Komen: 3

Guru tuisyen ditemukan maut di rumah di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd Khalid Othman berkata, mangsa dibawa oleh keluarganya ke hospital dalam keadaan masih bernafas dan meninggal dalam perjalanan.




"Mangsa berusia 44 tahun itu adalah guru tuisyen yang tinggal bersama suami dan anak di kediaman berkenaan.

"Hasil siasatan awal dimaklumkan bahawa mangsa pernah mengalami tekanan perasaan dan mendapat rawatan di sebuah klinik swasta di Petaling Jaya, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan tempat kejadian dan fizikal mangsa sudah dibuat namun tiada unsur-unsur jenayah ditemui.

"Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi proses bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut (SDR).

"Setakat ini tiada laporan yang dibuat oleh mangsa atas dakwaan menjadi mangsa gangguan buli siber," katanya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 8-8-2022 04:51 PM
Ni yg mna plak? Lain eh dr achi 3 anak main tiktok yg suicide kt tered lg 1??
Quote Kitty_catz 8-8-2022 06:31 PM
Thunderclouds replied at 8-8-2022 04:51 PM
Ni yg mna plak? Lain eh dr achi 3 anak main tiktok yg suicide kt tered lg 1??

sama kut minachi yg 34K tolowers suka tayang2 henbeg tu
peringtan utk warge poromners.. jgn suka tayang2 henbeg tau.. nanti kena sesumpah.


momod.. merge je la tered



Quote JunkMail 8-8-2022 06:42 PM
Samalah ni dgn acik tadi. Tapi ni macam ala2 berita rahsia biar nerakazen meneka dalam kesamaran gituhhh

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.043289 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top