CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mumia Kanak-kanak Tercantik Di Dunia, Siap Mata Berkelip Dalam Keranda!

8-8-2022 04:01 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1965| Komen: 6

Mayat seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang didakwa berkelip memandang pelancong diberi gelaran sebagai "mumia paling cantik di dunia".

Rosalia Lombardo meninggal dunia akibat radang paru-paru seminggu selepas hari lahirnya yang kedua pada 2 Disember 1920 dan mayatnya telah dipelihara dan dipamerkan di Capuchin Catacombs of Palermo di utara Sicily.


Daily Star

Kini, lebih 100 tahun kemudian, mayat anak muda itu terpelihara dengan baik sehingga beribu-ribu pelancong berpusu-pusu untuk melihatnya setiap tahun, lapor Daily Star.

Mayat kanak-kanak itu dipelihara dan dipamerkan di Capuchin Catacombs of Palermo di utara Sicily.


Lebih misteri, beberapa pelancong mendakwa mata kanak-kanak dalam keranda kaca itu berkelip ke arah mereka.


Daily Star

Para saintis juga dipanggil untuk mencuba dan menjelaskan misteri yang menyelubungi mumia kanak-kanak itu.

Untuk rekod, Capuchin Catacombs of Palermo menempatkan lebih 8,000 mayat, termasuk 163 kanak-kanak, dan merupakan koleksi mumia terbesar di Eropah.

Walaupun kebanyakan mayat telah menjadi rangka, mayat sesetengah kanak-kanak terpelihara dengan baik sehingga digambarkan seolah-olah mereka sedang tidur.

Adalah dipercayai bahawa tubuh mumia Rosalia kelihatan seperti bernyawa kerana cara tubuhnya dibalut bapanya, Alfredo Salafia menggunakan produk seperti zink, asid dan alkohol untuk memelihara kulit.

Rambut perang Rosalia dan kulit pucat masih kelihatan dan ujian serta analisis yang ketat telah mendedahkan bahawa organnya masih utuh dan otaknya hanya mengecil kepada 50 peratus daripada saiz asalnya.


Daily Star

Imbasan X-ray turut menunjukkan bahagian lengan dan kakinya kekal utuh.

Mengetuai projek itu ialah Dr Kirsty Squires dari Universiti Staffordshire, yang memberitahu Guardian: "Kami pergi pada bulan Januari untuk melaksanakan kerja lapangan kami.

“Kami mengambil unit X-ray mudah alih dan mengambil ratusan imej kanak-kanak dari sudut berbeza.

Menurut sejarah, bapa Rosalia yang kaya memilih untuk mengawet mayat anaknya di tapak tersebut kerana dia tidak sanggup menghadapi kematian menyedihkan itu.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MoonRise 8-8-2022 04:07 PM
Agak cantik nengoknya dalam gambar. Tak tahu la depan2 camna. Mesti creepy
Quote ketambangkang 8-8-2022 04:16 PM
uihh bole pengsan klu pandang mata dia berkelip2
Quote mizruncing 8-8-2022 04:25 PM
helok ekk x reput2 mayat nyaaa. tiber rasa kesian plak tgk
Quote chacon 8-8-2022 04:32 PM
seksa mayat
Quote damsel_fiji 8-8-2022 04:34 PM
Kesian pulak tgk nye
Quote kepompong 8-8-2022 04:59 PM
Capuchin Catacombs of Palerno ni nak masuk kena bayar tak? ayah budak tu spent a large amount of money utk awet mayat anak dia, 100 years later, jadi sumber pendapatan utk org lain pula ye (kalau kena bayar)

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-3-2025 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.078919 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top